Kalkulator Baja Fertigasi

Kalkulator Baja Fertigasi

Campuran baja yang betul di dalam sistem fertigasi adalah amat penting untuk mendapatkan pertumbuhan tanaman yang optimum dan juga boleh mengurangkan kos pembajaan. Komponen-komponen baja yang diperlukan dapat ditentukan daripada kepekatan setiap elemen yang diperlukan dan biasanya unit PPM atau Parts per Million digunakan. PPM adalah hubungan kepekatan atau kandungan sesuatu bahan di dalam sesuatu sebatian atau larutan, contohnya larutan air yang mempunyai 200ppm baja bermaksud berat baja di dalam larutan tersebut adalah 200 per satu juta daripada berat larutan tersebut.

Untuk mendapatkan jumlah berat bagi setiap komponen baja daripada nilai PPM setiap elemen yang diperlukan, banyak pengiraan perlu dilakukan dan kesilapan boleh berlaku di dalam pengiraan. Oleh itu, kami membuat kalkulator di bawah untuk memudahkan pengiraan berat bagi setiap komponen baja daripada nilai PPM setiap elemen yang diperlukan. Kami dibantu oleh FORMENIAGA di dalam pembuatan kalkulator ini iaitu pakar di dalam bidang fertigasi dan juga pembekal barangan fertigasi.

Kalkulator Baja Fertigasi ini adalah mudah untuk digunakan dan panduan ringkas untuk menggunakan kalkulator ini adalah seperti di bawah:

  • Tidak semua nilai PPM boleh digunakan. Cadangan akan diberikan jika nilai PPM tidak bersesuaian.
  • Nilai PPM Sulphur (S) dan Calcium (Ca) tidak boleh ditetapkan tetapi nilai minimum PPM bagi kedua-dua elemen tersebut boleh ditentukan.
  • Sebatian Micro Element tidak ditentukan. Gunakan sebatian Micro Element yang tidak mempunyai Macro Element di bawah untuk mendapatkan pengiraan yang tepat.
  • Keputusan bagi berat setiap komponen baja diberi di dalam unit gram (g) untuk Macro Element dan miligram (mg) untuk Micro Element
  • Kalkulator ini juga boleh digunakan untuk mendapatkan nilai PPM daripada sesuatu campuran baja. Berguna jika anda hendak mengolah formula campuran baja yang sedia ada atau hendak menggantikan komponen baja yang susah untuk didapati seperti Ammonium Nitrate. Selain daripada itu, fungsi ini juga boleh digunakan untuk memastikan pengiraan campuran baja adalah betul.
  • Kalkulator ini masih belum diuji dengan menyeluruh dan kesilapan di dalam pengiraan mungkin wujud. Sila hantar maklum balas kepada kami jika anda menjumpai sebarang kesilapan di dalam pengiraan.
  • Untuk menghasilkan stok campuran baja sila rujuk kepada dokumen http://www.growcom.com.au/_uploads/LWR/Fertigation%20Compatability%20and%20Solubility.pdf untuk mendapatkan senarai kesesuaian campuran komponen baja dan kadar keterlarutan bagi komponen baja tersebut.

Kami harap aplikasi ini dapat membantu anda dan jika anda mempunyai sebarang soalan atau maklum balas, anda boleh menghubungi kami di halaman Facebook Kebuna, https://www.facebook.com/kebuna.garden.