Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Monthly Archives - Mac 2022

Buku Permakultur Tropika Lebih 1000 Mukasurat Boleh Dapatkan PERCUMA

Permakultur adalah satu perkataan yang biasa saya dengar sejak terlibat dalam bidang pertanian tetapi cuma baru-baru ini saya mula mempelajari subjek ini. Mengikut kefahaman saya sekarang, permakultur adalah satu sistem yang membolehkan manusia hidup dengan memanfaatkan sebaiknya apa yang wujud di alam semula jadi pada masa yang sama juga tidak merosakkannya malah memperbaikinya lagi. Ia merangkumi pelbagai bidang selain pertanian seperti ekologi, lanskap, dan perhutanan. Selain daripada itu, sistem ini juga memberikan garis panduan untuk seni bina, pengurusan tenaga, dan...

Read more...

Minggu-2 Jurnal Kebun Fertigasi Komersial Di Kawasan Bandar @ Urban Tani

Catatan jurnal minggu ini tidak sepanjang seperti minggu pertama yang mengandungi lebih banyak penerangan dan penjelasan bagi setiap aktiviti yang dilakukan. Catatan jurnal minggu pertama boleh dapatkan di bawah. https://www.kebuna.com/blog/minggu-1-jurnal-kebun-fertigasi-komersial-di-kawasan-bandar-urban-tani Catatan untuk minggu ini bermula pada 07/03/2022 atau hari-8 tetapi untuk hari-8 saya tidak dapat hadir dan hari-9 saya hanya boleh datang waktu petang dan sebentar sahaja. Untuk mengisi ruang jurnal minggu ini saya akan kongsikan perkara-perkara dari minggu lepas tetapi tidak dimasukkan ke dalam jurnal sebelum ini. Salah satunya adalah...

Read more...

Boleh Ke Mencapai Sasaran Tahap Sara Diri (SSL) Sebegitu Tinggi?

Pada Oktober 2021 kerajaan Malaysia mengeluarkan dokumen Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang mengandungi rancangan kerajaan untuk sektor agromakanan negara ini. Anda boleh dapatkan dokumen tersebut di bawah.https://parlimen.gov.my/resources/files/rsaindex/pdf/Dasar%20Agromakanan%20Negara%202021-2030%20(DAN%202.0)_compressed.pdf Satu rancangan yang dibuat adalah meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) bagi setiap sektor makanan keperluan seperti beras, sayur-sayuran, daging, dan sebagainya. SSL menjelaskan peratusan perbandingan pengeluaran dengan penggunaan domestik. Sebagai contoh, 60% SSL bermaksud negara mampu untuk menghasilkan 60% daripada penggunaan domestik dan lagi 40% perlu diimport. Nilai SSL yang tinggi bermaksud...

Read more...

Minggu-1 Jurnal Kebun Fertigasi Komersial Di Kawasan Bandar @ Urban Tani

Pengenalan jurnal ini terdapat dalam link di bawah.kebuna.com/blog/pengenalan-jurnal-kebun-fertigasi-komersial-di-kawasan-bandar-urban-tani Hari-1 (28/02/2022) https://www.youtube.com/watch?v=YFsMuKwSk74 Catatan jurnal ini bermula dengan hari pertama pembukaan tapak kebun fertigasi 500 polibeg di Bangi. Jadi anda akan dapat melihat secara teliti bagaimana kebun fertigasi didirikan dari tanah yang kosong. Tapak kebun adalah tanah kawasan perumahan dengan keluasan 70x80 kaki. Joe Jason iaitu staf Urban Tani yang akan menguruskan dan juga membuat kerja-kerja menaikkan kebun ini menerangkan dengan lebih lanjut dalam video di atas. Serba sedikit latar belakang Joe, selain...

Read more...

Pengenalan Jurnal Kebun Fertigasi Komersial Di Kawasan Bandar @ Urban Tani

Untuk mencari ilmu dan pengalaman dalam arena penanaman komersial, saya berkerjasama dengan Encik Fahmie Abu Bakar iaitu pemilik Urban Tani dengan membantu beliau menguruskan projek kebun fertigasi komersial yang beliau sedang dirikan sekarang. Beliau yang juga merupakan guru bagi saya mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam perniagaan dan penanaman secara komersial. Niat saya juga untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya dapatkan dengan harapan ianya akan membawa manfaat kepada orang lain. Maklumat lanjut berkaitan usaha ini boleh lihat...

Read more...

Mengumpul dan Berkongsi Pengalaman Penanaman Secara Komersial

Tidak kira membuat apa pun, ilmu yang betul adalah penting untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Sekarang tidak sukar untuk mencari pelbagai jenis ilmu tidak kira dalam apa bidang pun dengan adanya kemudahan internet. Ramai yang berkongsi ilmu secara terbuka dan mudah untuk diakses di pelbagai platform. Ilmu penanaman yang luas pun banyak yang boleh didapati di pelbagai halaman dalam internet. Anda pun boleh mendapatkan eBook penanaman setebal lebih 400 muka surat yang diberikan oleh penerbitnya secara percuma. Klik untuk dapatkan...

Read more...
LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
HOW-TO ORDER