Author - Admin

Bagaimana Cahaya Matahari Digunakan Oleh Tanaman

Cahaya matahari mempunyai spektrum yang luas iaitu dari inframerah sehinggalah ultraungu. Kita merasa panas apabila di bawah cahaya matahari disebabkan cahaya inframerah daripada matahari menjadi tenaga haba apabila diserap oleh kulit kita. Di antara dua spektrum tersebut pula adalah spektrum cahaya yang boleh dilihat (visible light spectrum). Spektrum ini pula boleh dibahagikan kepada enam bahagian utama atau warna. Kita dapat melihat warna daripada objek di sekeliling kita disebabkan permukaan objek tersebut memantulkan warna cahaya yang kita nampak dan menyerap warna [...]

Read more...

Tanaman Anda Perlukan Banyak Cahaya

Semua tahu tanaman memerlukan cahaya untuk proses fotosintesis tetapi berapakah kecerahan atau keamatan cahaya yang diperlukan oleh tanaman? Kebanyakan tanaman memerlukan di antara 15,000 ke 45,000 lux cahaya untuk pertumbuhan yang normal. Lux adalah unit yang digunakan untuk mengukur keamatan cahaya atau light intesity. Secara praktikalnya keperluan tanaman adalah lebih tinggi disebabkan keadaan yang tidak ideal seperti bayang yang disebabkan oleh daun atau tanaman lain. Sebagai perbandingan pada tengahari yang cerah, keamatan cahaya matahari (direct sunlight) adalah di dalam lingkungan 120,000 [...]

Read more...

Tanggalkan Netting Jika Anda Menggunakan Pelet Semaian

Pelet semaian atau lebih dikenali dengan nama jiffy adalah amat mudah digunakan sebagai media semaian tetapi selaput netting pada permukaan pelet ini tidak semestinya terurai dengan lengkap apabila ditanam ke dalam tanah walaupun ianya biodegradable. Kami pernah mempunyai satu pokok buah tin daripada tut dan menggunakan pelet semaian untuk membuat tut tersebut. Pertumbuhannya terbantut dan apabila dicabut pokok tersebut, selaput netting putih pelet semaian masih ada dan ianya menghalang pertumbuhan akar. Apabila mencari masalah ini di dalam internet, rupa-rupanya ramai juga [...]

Read more...

Laporan EFSA Menunjukkan Penggunaan Racun Kimia Yang Tinggi di Malaysia

Setiap tahun European Food Safety Authority (EFSA) mengeluarkan laporan mengenai kandungan sisa racun kimia daripada makanan yang dihasilkan di Eropah dan juga yang diimport dari negara-negara lain termasuk negara Malaysia. Menurut laporan-laporan yang mereka keluarkan, peratusan sampel makanan dari Malaysia yang melebihi tahap maksimum sisa racun di dalam makanan yang ditetapkan oleh EFSA, atau Maximum Residue Levels (MRL) adalah antara yang tertinggi apabila dibandingkan dengan negara-negara lain. Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh EFSA untuk tahun 2012, peratusan sampel makanan [...]

Read more...

Pokok Tin: 3 Perkara Penting Anda Perlu Tahu

Video di atas dihasilkan oleh kami untuk sesiapa yang ingin menanam pokok tin. Ia mengandungi tiga perkara penting yang anda perlu tahu tentang pokok tin dan kami berharap ia dapat membantu anda. Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau maklum balas, sila tinggalkan di ruang komen di bawah. Transkrip: Pokok tin adalah satu tanaman yang unik di malaysia dan peminatnya kian bertambah dari hari ke hari. Keunikan, kepelbagaian varieti dan masa yang agak singkat untuk mendapatkan hasil menjadikan ia tanaman yang amat [...]

Read more...

Selamat Datang

Selamat datang ke blog Kebuna. Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tips-tips berkebun dan pengalaman kami di dalam bidang penanaman serta perkembangan terbaru kami. Jika anda baru sahaja mendengar nama kami anda bolehlah melawat halaman utama kami di https://www.kebuna.com/ untuk mengenali kami dengan lebih lanjut. Terima kasih kerana melawat halaman Kebuna. Kami berharap apa yang akan kami berikan di sini adalah bermanfaat untuk anda dan sebarang maklum balas adalah amat dihargai. Anda juga boleh melawat halaman Facebook kami di [...]

Read more...