Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya
Servis penghantaran disediakan. Sila hubungi untuk pastikan stok ada. Klik untuk maklumat lanjut

Penerangan

EC meter kerap digunakan dalam penanaman secara fertigasi dan hidroponik. Namun, sukar untuk menentukan sama ada EC meter memberikan bacaan yang tepat. EC meter EziEC yang kami jual diuji ketepatan bacaannya serta dikalibrasi sebelum dijual. Bacaannya boleh mencapai ketepatan yang hampir sama seperti EC meter jenama terkenal iaitu Hanna.

Kualiti EziEC tidaklah seperti EC meter jenama Hanna tetapi harganya jauh lebih murah dan bacaannya juga cukup tepat untuk tujuan penanaman. Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui jika anda berminat untuk mendapatkan EC meter EziEC.

1. Bacaan adalah tepat dalam julat 0.00 – 5.00 mS/cm iaitu julat nilai EC yang digunakan dalam penanaman tetapi bacaan yang lebih tinggi daripada nilai tersebut adalah kurang tepat.

2. Setelah mengambil bacaan, cecair yang terdapat pada sensor EziEC boleh membentuk gelembung udara yang akan memberi kesan terhadap bacaan yang seterusnya. Cara untuk mengelakkannya adalah dengan meniup sensor EziEC sebelum mengambil bacaan seterusnya.

3. EziEC mempunyai tempoh ‘warm-up’ selepas dipasang di mana bacaan pertama akan mengambil masa 1-1.5 minit untuk menunjukkan bacaan yang tepat tetapi bacaan kemudiannya akan lebih cepat.

LIHAT PRODUK
Operasi Berhenti Sementara