Kedai Kebun Dan Pertanian Putrajaya

Brogard Mengandungi Racun Sintetik Menurut Jabatan Pertanian

Brogard Mengandungi Racun Sintetik Menurut Jabatan Pertanian

Brogard ialah jenama pestisid organik yang amat terkenal di Malaysia tetapi telah dilaporkan mengandungi perawis aktif racun sintetik acetamiprid pada kadar 5% w/w (50g untuk setiap 1kg larutan) oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Sehubungan isu ini, Lembaga Racun Makhluk Perosak mengarahkan agar produk tersebut ditarik dari pasaran.

Acetamiprid adalah sejenis neonicotinoid yang tidak wujud secara semulajadi dan hanya boleh terhasil secara sintetik maka menjadikan dakwaan bahawa produk Brogard adalah bersumberkan 100% herba tidak benar dan ianya juga tidak boleh digunakan untuk penanaman secara penuh organik.

Produk racun kimia sintetik yang juga mengandungi acetamiprid

Untuk perbandingan, produk Mospilan 3% EC mengandungi 3% perawis aktif acetamiprid dan dilabel racun kelas 3 yang mempunyai kata amaran merbahaya. Ada juga produk racun yang mengandungi acetamiprid dan dilabel kelas racun 2 tetapi peratus kandungan perawis aktif di dalam produk tersebut adalah lebih tinggi.

Kelas-kelas racun

Disebabkan isu ini, ambil langkah berhati-hati apabila menggunakan sebarang pestisid tidak kira berasaskan daripada sumber semulajadi ataupun sintetik kerana kandungan sebenar mungkin berlainan daripada apa yang didakwa oleh pengeluar.

Hati-hati dengan produk berlabel organik

Antara perkara yang perlu dipraktikkan semasa menggunakan pestisid adalah guna perlindungan yang sesuai, elak daripada menghirup wasap apabila membuat semburan, basuh bahagian badan yang terkena pestisid, tidak melakukan semburan apabila hampir hari menuai (rujuk tempoh dilarang mengutip hasil produk), dan lain-lain.

Langkah-langkah keselamatan dalam menggunakan racun perosak

Share this post

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

LIHAT PRODUK