Kursus

Kursus

Minat berkaitan berkebun dan penanaman semakin meningkat di kalangan orang ramai. Antara sebab-sebabnya adalah meningkatnya keinginan untuk mengurangkan perbelanjaan dan kesedaran mengenai cara penghasilan makanan dan kesannya terhadap kesihatan. Institusi-institusi pendidikan juga mula menjadikan pembelajaran mengenai penanaman sebahagian daripada kurikulum mereka.

Kami di Kebuna juga merasakan orang ramai perlu mengetahui ilmu penanaman. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang dihasilkan secara komersial kebanyakannya melibatkan penggunaan racun dan ini boleh memberi kesan yang negatif terhadap badan dan persekitaran. Tambahan lagi, kadar penggunaan racun yang tinggi dan juga penggunaan racun yang terlarang juga biasa didengari. Salah satu alternatif untuk mendapatkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang bebas racun adalah dengan menghasilkannya sendiri.

Walaupun penanaman adalah tidak sukar tetapi terdapat beberapa perkara-perkara asas yang perlu diketahui untuk memastikan tanaman tumbuh dengan baik dan mengeluarkan hasil yang memuaskan. Oleh yang demikian, kami menawarkan kursus bagi sesiapa ingin mempelajari ilmu penanaman. Kursus yang kami tawarkan adalah terbuka kepada semua pihak sama ada persendirian atau mana-mana institusi.

Kursus yang kami tawarkan buat masa ini adalah berfokuskan kepada asas penanaman. Selain daripada asas penanaman kami juga menawarkan kursus asas fertigasi dan hidroponik. Pendekatan kursus kami adalah pemahaman teori yang penting dan juga latihan secara ‘hands-on’. Kursus yang kami kendalikan dijalankan di premis kami tetapi kami juga boleh memenuhi keperluan anda contohnya lokasi, topik, barangan keperluan dan lain-lain.

Anda boleh hubungi kami melalui cara-cara di bawah.
Telefon dan Whatsapp : 011-34228877 (Kamal Tasnim)
E-Mail : info@kebuna.com
Facebook : https://www.facebook.com/kebuna.garden

KEDAI ONLINE