Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Penghantaran

Penghantaran


Kami menawarkan servis penghantaran terus ke lokasi anda. Cas penghantaran adalah bergantung pada jarak perjalanan dari kedai kami ke lokasi anda, cas tol, dan bilangan perjalanan yang diperlukan untuk melengkapkan penghantaran. Formula pengiraan cas penghantaran adalah seperti berikut:

  • Bilangan Perjalanan x (RM1/km + (Cas Tol x 2))

Jarak perjalanan didapati dari Google Maps dan cas tol pula adalah anggaran jumlah cas tol mengikut jalan yang diberikan.

Contoh 1: Penghantaran untuk kawasan berhampiran biasanya tidak melalui tol. Untuk jarak perjalanan 10km dari kedai kami, tiada cas tol, dan memerlukan sekali perjalanan, jumlah cas adalah seperti berikut:

  • 1 x (RM10 + (RM0 x 2)) = RM10

Contoh 2: Tol mungkin akan dilalui untuk kawasan yang agak jauh. Untuk jarak perjalanan 35km dari kedai kami, jumlah cas tol RM2.50, dan memerlukan sekali perjalanan, jumlah cas adalah seperti berikut:

  • 1 x (RM35 + (RM2.50 x 2)) = RM40

Contoh 3: Bilangan perjalanan mungkin lebih daripada sekali jika pembelian kuantiti yang banyak, . Untuk jarak perjalanan 42km dari kedai kami, jumlah cas tol RM4.00, dan memerlukan dua kali perjalanan, jumlah cas adalah seperti berikut:

  • 2 x (RM42 + (RM4.00 x 2)) = RM100
LIHAT PRODUK
Operasi Sewaktu COVID-19