Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Blog

Betul Ke Bacaan Alat Pengukur Itu?

Kita menggunakan pelbagai alat pengukur dalam kehidupan harian kita; jam untuk menentukan waktu, penimbang untuk mengukur berat badan, pita ukur untuk mengukur jarak, dan macam-macam lagi. Jarang kita terfikir sama ada bacaan alat pengukur yang kita gunakan itu betul ataupun tidak, dan membuat andaian sahaja bahawa bacaan yang diberikan itu adalah betul. Namun, alat pengukur yang salah boleh mempunyai implikasi yang besar, bayangkan apa yang boleh terjadi jika alat-alat pengukur yang tidak tepat digunakan sewaktu membina rumah. Kesilapan mengukur juga...

Read more...

Betul Ke Nilai Isipadu Yang Tertera Pada Bungkusan Itu?

Baru-baru ini saya ada pergi ke sebuah nurseri untuk mencari produk kompos, dan saya ada ternampak produk tanah campuran tanaman yang terjual di situ. Pada bungkusan produk tersebut tertera nilai isipadu 20 liter tetapi kandungannya nampak macam kurang daripada nilai tersebut. Jadi saya ada mendapatkan juga satu produk tanah campuran tersebut dengan tujuan untuk mendapatkan sendiri bacaan isipadunya. Saya mendapati bacaan isipadunya adalah lebih kurang 15 liter, jauh berbeza daripada nilai yang tertera iaitu 20 liter. Saya ada dapatkan dua lagi...

Read more...

Panduan Pengunjung MAHA 2022

Ekspo MAHA 2022 yang ditunggu-tunggu akan bermula dalam dua hari sahaja lagi dan berlangsung dari 4 hingga 14 Ogos 2022 dan waktu operasi 10AM-10PM. Ia bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor dan bagi yang pernah ke sana tahu betapa besarnya ekspo ini. Selain daripada melitupi kawasan yang luas yang akan dipenuhi dengan pelbagai pameran, jualan dan lain-lain, akan juga terdapat pelbagai program, acara, dan aktiviti di sana. Meluangkan satu hari sahaja di ekspo ini memang tidak mencukupi terutamanya bagi mereka yang terlibat...

Read more...

Minggu-3 Ke Minggu-10 Jurnal Kebun Fertigasi Komersial Di Kawasan Bandar @ Urban Tani

Saya sudah lama tidak memberikan perkembangan kebun di blog ini dan penulisan ini pun baru bermula selepas minggu-9. Sejak hampir 2 bulan yang lepas saya tidak kerap berada di kebun seperti dua minggu sebelumnya. Salah satu sebab saya tidak boleh datang lebih kerap ke kebun adalah pada minggu ketiga semua orang yang berkerja di Kebuna kecuali saya perlu melalui kuarantin disebabkan Covid dan saya hanya boleh datang pada 3 hari pertama sahaja. Selain daripada itu, lebih kurang 2 bulan yang...

Read more...

Ladang 5000 Ekar Lebih 10 Tahun Tanpa Baja (Regenerative Agriculture)

Tidak hairan untuk memikirkan mustahil penanaman skala besar boleh dibuat tanpa menggunakan baja tetapi itulah yang dibuat oleh Gabe Brown, seorang penanam dan penternak dari Amerika Syarikat di ladang beliau yang bersaiz lebih kurang 5000 ekar sejak lebih 10 tahun lepas. Beliau menggunakan konsep pertanian regeneratif (Regenerative Agriculture) antaranya dengan menghidupkan tanah tanaman dengan pelbagai hidupan yang menyuburkan tanah serta membantu membekalkan tanaman dengan nutrien. Kesuburan dan struktur tanah dipelihara dengan penanaman secara tanpa bajak (no-till) dan tanaman tutup bumi...

Read more...

Kursus Biochar di Youtube oleh Living Web Farms (3+ Jam)

Saya terjumpa kursus biochar di Youtube yang saya rasa amat bermanfaat. Kursus ini bukan sahaja menunjukkan cara membuat biochar yang mempunyai pelbagai manfaat untuk tanaman dan alam sekitar malah membuatnya dengan cara yang meminimakan pencemaran dan memanfaatkan tenaga yang terhasil daripada proses pembuatan biochar. Dalam kursus ini anda juga akan mempelajari sebahagian daripada sains dan sejarah berkaitan biochar. Ia juga fokus kepada penjagaan kepada alam sekitar dengan hanya menggunakan bahan buangan dan menjalankan operasi secara lokal selain daripada meminimakan pencemaran dan...

Read more...

Buku Permakultur Tropika Lebih 1000 Mukasurat Boleh Dapatkan PERCUMA

Permakultur adalah satu perkataan yang biasa saya dengar sejak terlibat dalam bidang pertanian tetapi cuma baru-baru ini saya mula mempelajari subjek ini. Mengikut kefahaman saya sekarang, permakultur adalah satu sistem yang membolehkan manusia hidup dengan memanfaatkan sebaiknya apa yang wujud di alam semula jadi pada masa yang sama juga tidak merosakkannya malah memperbaikinya lagi. Ia merangkumi pelbagai bidang selain pertanian seperti ekologi, lanskap, dan perhutanan. Selain daripada itu, sistem ini juga memberikan garis panduan untuk seni bina, pengurusan tenaga, dan pembinaan...

Read more...

Minggu-2 Jurnal Kebun Fertigasi Komersial Di Kawasan Bandar @ Urban Tani

Catatan jurnal minggu ini tidak sepanjang seperti minggu pertama yang mengandungi lebih banyak penerangan dan penjelasan bagi setiap aktiviti yang dilakukan. Catatan jurnal minggu pertama boleh dapatkan di bawah. https://www.kebuna.com/blog/minggu-1-jurnal-kebun-fertigasi-komersial-di-kawasan-bandar-urban-tani Catatan untuk minggu ini bermula pada 07/03/2022 atau hari-8 tetapi untuk hari-8 saya tidak dapat hadir dan hari-9 saya hanya boleh datang waktu petang dan sebentar sahaja. Untuk mengisi ruang jurnal minggu ini saya akan kongsikan perkara-perkara dari minggu lepas tetapi tidak dimasukkan ke dalam jurnal sebelum ini. Salah satunya adalah perancangan...

Read more...

Boleh Ke Mencapai Sasaran Tahap Sara Diri (SSL) Sebegitu Tinggi?

Pada Oktober 2021 kerajaan Malaysia mengeluarkan dokumen Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang mengandungi rancangan kerajaan untuk sektor agromakanan negara ini. Anda boleh dapatkan dokumen tersebut di bawah.https://parlimen.gov.my/resources/files/rsaindex/pdf/Dasar%20Agromakanan%20Negara%202021-2030%20(DAN%202.0)_compressed.pdf Satu rancangan yang dibuat adalah meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) bagi setiap sektor makanan keperluan seperti beras, sayur-sayuran, daging, dan sebagainya. SSL menjelaskan peratusan perbandingan pengeluaran dengan penggunaan domestik. Sebagai contoh, 60% SSL bermaksud negara mampu untuk menghasilkan 60% daripada penggunaan domestik dan lagi 40% perlu diimport. Nilai SSL yang tinggi bermaksud sekuriti...

Read more...

Minggu-1 Jurnal Kebun Fertigasi Komersial Di Kawasan Bandar @ Urban Tani

Pengenalan jurnal ini terdapat dalam link di bawah.kebuna.com/blog/pengenalan-jurnal-kebun-fertigasi-komersial-di-kawasan-bandar-urban-tani Hari-1 (28/02/2022) https://www.youtube.com/watch?v=YFsMuKwSk74 Catatan jurnal ini bermula dengan hari pertama pembukaan tapak kebun fertigasi 500 polibeg di Bangi. Jadi anda akan dapat melihat secara teliti bagaimana kebun fertigasi didirikan dari tanah yang kosong. Tapak kebun adalah tanah kawasan perumahan dengan keluasan 70x80 kaki. Joe Jason iaitu staf Urban Tani yang akan menguruskan dan juga membuat kerja-kerja menaikkan kebun ini menerangkan dengan lebih lanjut dalam video di atas. Serba sedikit latar belakang Joe, selain daripada...

Read more...
LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
HOW-TO ORDER