Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Ladang 5000 Ekar Lebih 10 Tahun Tanpa Baja (Regenerative Agriculture)

Ladang 5000 Ekar Lebih 10 Tahun Tanpa Baja (Regenerative Agriculture)

Tidak hairan untuk memikirkan mustahil penanaman skala besar boleh dibuat tanpa menggunakan baja tetapi itulah yang dibuat oleh Gabe Brown, seorang penanam dan penternak dari Amerika Syarikat di ladang beliau yang bersaiz lebih kurang 5000 ekar sejak lebih 10 tahun lepas. Beliau menggunakan konsep pertanian regeneratif (Regenerative Agriculture) antaranya dengan menghidupkan tanah tanaman dengan pelbagai hidupan yang menyuburkan tanah serta membantu membekalkan tanaman dengan nutrien. Kesuburan dan struktur tanah dipelihara dengan penanaman secara tanpa bajak (no-till) dan tanaman tutup bumi (cover crop) digunakan untuk membekalkan nutrien, memperbaiki lagi struktur tanah, dan melindungi permukaan tanah.

Selain daripada tidak perlu menggunakan baja, beliau juga tidak menggunakan racun perosak kerana terdapat kepelbagaian tanaman yang meningkatkan dan menjaga populasi musuh perosak. Beliau juga menjalankan operasi ternakan yang juga penting dalam proses pemuliharaan tanah dan melalui pendekatan beliau, ternakan-ternakan juga hidup sihat dan amat jarang mendapat penyakit. Banyak lagi yang beliau terangkan berkaitan operasi ladang beliau dalam playlist video di bawah. Aspek-aspek komersial seperti pemasaran juga diterangkan dengan lanjut di dalam video yang ketiga dalam playlist. Walaupun iklim negara ini tidak sama seperti tempat ladang beliau namun menurut beliau pekara-perkara yang beliau terangkan berkaitan pemulihan tanah boleh dipratikkan di mana-mana sahaja serta sesuai juga untuk skala lebih kecil.

Pengalaman beliau memberi bukti yang jelas bahawa dengan pendekatan yang betul iaitu melalui Regenerative Agriculture, penggunaan bahan kimia sintetik dalam penanaman boleh dikurangkan dengan amat ketara sehinggakan tidak lagi perlu digunakan. Ini bukan sahaja boleh mengurangkan kos dengan banyak malah makanan yang dihasilkan juga lebih sihat dan selamat. Dengan kebergantungan negara Malaysia yang amat tinggi pada import input pertanian, pendekatan ini boleh banyak membantu meningkatkan sekuriti makanan negara. Pengusaha-pengusaha bidang pertanian juga boleh mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi tambah-tambah lagi dengan harga baja sintetik yang meningkat hampir 3 kali ganda sejak awal 2021.

Playlist Treating the Farm as an Ecosystem oleh Living Web Farm (4.5 Jam)

Terima kasih kepada Living Web Farms kerana berkongsi kursus yang berharga ini. Terdapat pelbagai lagi video-video bermanfaat yang disediakan oleh Living Web Farms dalam link di bawah.
https://www.youtube.com/c/LivingwebfarmsOrg

Terdapat juga video yang lebih ringkas oleh Gabe Brown memperkenalkan prinsip-prinsip yang beliau praktikkan di ladang beliau.

Share this post

LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
HOW-TO ORDER