Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Kebuna Share Upload

Jika anda hendak membantu menambahkan lagi ilmu-ilmu pertanian dalam Kebuna Share, anda boleh upload melalui halaman ini. Sebarang files yang kami terima akan kami cek terlebih dahulu sebelum meletakkannya ke dalam folder yang bersesuaian. Sila pastikan tidak ada halangan untuk berkongsi apa-apa penulisan yang anda hendak kongsikan di sini sebelum upload.

Kriteria penulisan yang kami terima adalah pertamanya ianya unik dan isi kandungan yang berkualiti. Kami menerima penulisan yang mempunyai sifat komersial dengan syarat ianya mempunyai informasi yang berguna tetapi jika terdapat penulisan tanpa sifat komersial dengan kandungan yang sama, ianya akan digantikan dengan penulisan tersebut. Jika anda upload penulisan yang bukan ditulis sendiri pastikan tiada sebarang perubahan dibuat kepada file tersebut contohnya seperti meletakkan watermark dan lain-lain.

Nama file mestilah sama ada nama tajuk atau deskripsi paling hampir dengan isi kandungannya. Gantikan jarak/’space’ dan ‘special characters’ dengan simbol ‘-‘ dalam nama file. Gunakan huruf besar hanya pada permulaan perkataan melainkan untuk inisial atau perkataan khas. Nama file perlu mengandungi nama tajuk atau deskripsi, nama penulis atau institusi dan tahun penulisan itu dihasilkan jika ada. Sila lihat file-file yang ada untuk contoh.

Kami bercadang untuk membuat senarai individu atau institusi yang membantu menambahkan ilmu dalam Kebuna Share di masa hadapan. Jika anda hendak tersenarai di dalam senarai tersebut sila berikan nama anda atau institusi anda ke dalam ruang di bawah dan gunakan nama yang sama setiap kali upload. Jika tidak, gunakan nama Awam dan email awam@awam.com dalam ruang di bawah.

Anda boleh pilih file untuk upload dengan klik butang Browse atau ‘drag-and-drop’ ke ruang di bawah sehingga 20 file pada satu masa kemudian klik Upload. Buat masa ini kami menghadkan kepada file PDF dan gambar sahaja. Jika anda mempunyai file yang anda hendak kongsikan tetapi di dalam format yang lain sila hubungi kami melalui butang di bawah atau hantarkan email ke admin@kebuna.com.

Upload Files


Processing the Upload

File Limit: 20 files
Size Limit: 128 MB per file.
Types Allowed: jpg, jpeg, png, tif, pdf
Drag-and-drop files here or use the Browse button.

1 519a418928
public-uploads a46557f71c
LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
HOW-TO ORDER