Servis Uji EC Meter (Percuma)
Adakah anda tahu sama ada EC meter yang anda gunakan memberikan bacaan yang betul atau tidak? Sebagai pengguna, tidak ada cara untuk mengetahui perkara ini dan hanya percaya sahaja bacaan yang diberikan oleh EC meter. Kalibrasi pun tidak bermaksud EC meter akan memberikan bacaan betul kerana bacaan di mana kalibrasi itu dibuat mungkin betul tetapi bacaan nilai-nilai lain mungkin salah pula.
Bagi menjawab soalan di atas kami telah menyediakan panduan untuk menguji ketepatan bacaan EC meter. Dengan mengikut panduan di bawah anda boleh menguji bacaan EC meter pada 4 nilai EC yang berbeza dan jika keempat-empat bacaaan adalah tepat maka boleh yakin bahawa nilai-nilai lain dalam julat 0-5mS/cm juga akan memberikan bacaan yang tepat.
Untuk membuat larutan-larutan ujian yang diperlukan mungkin agak sukar kerana memerlukan penimbang yang tepat bagi memastikan larutan terhasil mempunyai nilai EC sama atau sehampir yang boleh dengan nilai yang tertera. Maka, kami menawarkan servis uji bacaan EC meter untuk membantu anda menentukan sama ada bacaan EC meter yang anda gunakan tepat atau tidak.
Sebab utama kami menawarkan servis ini adalah kerana kami melihat ramai yang menggunakan EC meter berkualiti rendah yang mungkin memberikan bacaan yang salah seperti EC meter putih dalam gambar di atas. Kadangkala ternampak juga penanam-penanam komersial menggunakan EC meter seperti ini yang boleh menyebabkan kerugian besar jika bacaan tidak betul. Maka, kami berharap servis ini boleh membantu anda menentukan ketepatan bacaan EC meter yang anda gunakan.
Ada dua cara untuk menguji EC meter iaitu dengan mengikuti panduan di atas atau lebih mudah lagi membandingkan bacaannya dengan EC meter yang telah diketahui ketepatannya. Untuk servis ini, kami akan menggunakan cara kedua dengan membandingkan bacaan EC meter anda dengan EC meter Hanna DiST 4 yang telah kami pastikan mempunyai ketepatan yang tinggi. Buat masa ini kami menawarkan servis ini secara percuma.
Terdapat satu kekurangan yang tidak boleh ditunjuk melalui ujian ini iaitu ketepatan bacaan dalam jangka masa panjang. Buat masa ini, hanya satu EC meter yang kami yakin tepat untuk jangka masa yang panjang iaitu Hanna DiST 4 yang telah kami gunakan selama 3 tahun dan bacaannya masih lagi mempunyai ketepatan yang tinggi. Maka, jika anda menggunakan EC meter tersebut mungkin anda tidak perlukan servis ini tetapi pastikan kalibrasi dibuat dengan betul untuk dapatkan bacaan yang tepat. Sila lihat artikel di bawah jika anda hendak tahu dengan lanjut lagi berkaitan Hanna DiST 4.
Anda boleh melihat perbincangan EC meter yang kami telah uji di bawah.
Kami menawarkan servis ini di lokasi kami dan sila book slot melalui link di bawah, kami akan menambahkan lagi slot dalam masa terdekat ini. Sila hanya book satu slot sahaja seorang dan terhad kepada 2 unit EC meter sahaja seorang. Untuk mendapatkan keputusan yang terbaik sila kalibrasi EC meter anda sebelum datang untuk mengujinya.
https://www.kebuna.com/BookSlotUjiECMeter
Jika tidak terdapat kekosongan slot dan anda ingin mendapatkan maklumat jika terdapat slot baru sila sertai grup Whatsapp di bawah. Di dalam grup ini hanya kami yang boleh menghantar mesej dan kami cuma akan hantar mesej apabila terdapat penambahan slot baru. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 011 34 141 141 melalui WhatsApp.
https://chat.whatsapp.com/J4ShGrvya5f3wEJUH7X5uh