Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

6 Dari 10 EC Meter Tidak Sesuai Digunakan

6 Dari 10 EC Meter Tidak Sesuai Digunakan

Kami ada menyediakan servis uji ketepatan bacaan EC meter yang kami tawarkan secara percuma buat masa ini. Sehingga kini kami telah merekodkan ujian 10 unit EC meter dan mendapati 6 daripadanya tidak sesuai untuk digunakan. Anda boleh melihat rajah di dalam gambar di atas yang menunjukkan bacaan antara EC meter yang diuji (B1,B2,B3,B4) dengan nilai EC sebenar larutan tersebut (N1,N2,N3,N4). Kod merujuk kepada unit EC meter yang kami uji dan tanda merah bermaksud ianya tidak sesuai digunakan. Penerangan lanjut berkaitan rajah terdapat di bawah.

EC meter yang telah kami uji sehingga kini.

Perlu dinyatakan bahawa keputusan ujian yang ada sekarang terdapat 9 produk EC meter yang berbeza dan ia tidak memberitahu ketepatannya dalam jangka masa panjang. Maka keputusan yang kami tunjukkan di sini tidak sesuai digunakan untuk mengesyorkan EC meter yang mana sesuai untuk dibeli kerana kami perlu menguji beberapa unit produk yang sama dalam jangka masa panjang untuk memberi pendapat tersebut. Keputusan ujian juga tidak mengandungi maklumat berkitan reka bentuk dan fungsi meter-meter yang telah diuji kecuali yang relevan untuk ujian ini.

Proses menguji EC meter.

Jika anda sedang mencari EC meter untuk tujuan penanaman, buat masa ini kami boleh syorkan Hanna DiST 4 (A01) berdasarkan kredibiliti syarikat yang mengeluarkannya serta ujian yang kami buat menunjukkan ia mempunyai ketepatan yang tinggi. Selain daripada itu, reka bentuknya yang unik memastikan bacaan tepat dan konsisten untuk jangka masa panjang. Satu alternatif yang kos lebih rendah ialah AquaPro-AP2 (A02) dan ujian kami menunjukkan bacaan yang tepat tetapi kami mendapati sedikit isu dengan konsistensi bacaannya. Anda boleh melihat perbandingan antara kedua-dua EC meter di bawah.

Terdapat trend yang boleh dilihat di dalam rajah ini, kebanyakan EC meter memberikan bacaan yang hampir dengan nilai sebenar untuk nilai EC lebih kurang 1.00mS/cm tetapi separuh daripadanya menunjukkan perbezaan bacaan yang ketara atau berbeza jauh untuk bacaan nilai EC dalam julat 2-4mS/cm. Kami kadangkala ternampak penjual produk EC meter yang membandingkan bacaannya dengan EC meter Hanna DiST 4 pada nilai EC lebih kurang 1mS/cm atau kurang daripada itu. Rajah ini menunjukkan tidak cukup untuk hanya menguji EC meter pada nilai tersebut untuk menentukan ketepatan bacaan EC meter dalam julat 0-5mS/cm.

EC meter putih ini beri satu bacaan bawah 1mS/cm yang betul tetapi bacaan 2mS/cm ke atas salah pula.

Panduan untuk membuat ujian ini disediakan dalam link di bawah.

Jika anda berminat untuk mendapatkan servis ini sila ke page di bawah.

Berikut adalah penerangan maklumat yang terdapat di dalam rajah.

Tarikh

  • Tarikh ujian dibuat.

Kod

  • Kod unik setiap EC meter yang kami uji.
  • TDS meter juga dimasukkan ke dalam senarai ini tetapi ia memerlukan penukaran unit.
  • A01 ialah EC meter Hanna DiST 4 dan ia telah diuji dengan menggunakan cara yang ditunjukkan di https://www.kebuna.com/blog/cara-menguji-ketepatan-ec-meter. Disebabkan ketepatannya yang tinggi, semua meter selain EC meter AquaPro AP-2 (A02) dikalibrasi serta diuji dengan membandingkan bacaan dengan EC meter Hanna DiST 4.

Unit

  • EC meter boleh menunjukkan bacaan dalam beberapa unit dengan keutamaan diberikan kepada mS/cm kemudian µS/cm kemudian ppm.
  • 1mS/cm = 1000µS/cm
  • Disebabkan hubungan antara nilai EC dan TDS adalah bergantung pada bahan larutan, terdapat beberapa kadar penukaran antara kedua-dua unit tersebut. Kami menggunakan 1mS/cm = 500ppm melainkan TDS meter tersebut menyatakan kadar penukarannya.

Kalibrasi (K)

  • Kebolehan untuk dikalibrasi dikira sebagai kriteria minimum kerana bacaan lama-kelamaan boleh bertukar dan kalibrasi diperlukan untuk melaras kembali EC meter.
  • Y = EC meter telah dikalibrasi sebelum ianya diuji.
  • N = EC meter tidak dikalibrasi sebelum ianya diuji.
  • X = EC meter tidak boleh dikalibrasi atau boleh dikalibrasi tetapi tidak boleh mencapai nilai EC larutan kalibrasi.

Nilai # (N#)

  • Nilai dalam mS/cm di mana bacaan dibuat, contohnya N1 bermaksud nilai larutan tersebut hampir dengan nilai 1.00mS/cm.
  • Selain daripada A01 dan A02, bacaan-bacaan EC meter lain dibandingkan dengan bacaan EC meter Hanna DiST 4.

Bacaan # (B#)

  • Bacaan dalam mS/cm yang diberikan oleh EC meter apabila diuji pada nilai tertentu, contohnya B1 ialah bacaan EC meter pada nilai N1.
  • X = EC meter tidak boleh memberikan bacaan.
  • Kriteria minimum di sini ialah EC meter boleh memberikan bacaan dan perbezaan antara bacaan dengan nilai sebenar kurang daripada 0.3mS/cm. Kekurangan dari segi ketepatan bacaan jika perbezaan sama atau lebih 0.2mS/cm tetapi tidak mencapai 0.3mS/cm.

Warna

  • Hijau = EC meter yang tidak mempunyai sebarang kekurangan dari segi ketepatan bacaan, dikalibrasi dan menggunakan unit mS/cm atau µS/cm.
  • Kuning = EC meter dan ruang yang mempunyai kekurangan tetapi tidak kurang dari kriteria minimum atau menggunakan unit ppm.
  • Merah = EC meter dan ruang yang tidak memenuhi kriteria minimum.

Share this post


LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
HOW-TO ORDER