Kenapa Kualiti EC Meter Penting

Kenapa Kualiti EC Meter Penting

Terdapat pelbagai EC meter di dalam pasaran dan harga setiap satunya boleh berbeza besar. Satu jenama yang dikenali dengan kualiti iaitu Hanna, harga EC meter yang dijual oleh mereka adalah dalam lingkungan ratusan ringgit manakala banyak EC meter yang lain di pasaran jauh lebih murah.

EC meter Hanna

 

Untuk melihat perbezaan antara EC meter Hanna dan EC meter yang murah di pasaran kami membuat ujian ketepatan menggunakan larutan rujukan EC yang kami buat sendiri. Seperti yang boleh dilihat di dalam gambar di bawah larutan rujukan tersebut mempunyai nilai 1.99mS/cm tetapi nilai sebenar mungkin berbeza sedikit disebabkan ralat.

Menguji ketepatan EC meter

 

Bacaan EC meter Hanna memberikan bacaan 1.96mS/cm iaitu beza kurang 2% manakala EC meter yang lebih murah memberikan bacaan 3.70mS/cm yang jauh berbeza walaupun kedua-dua EC meter telah dikalibrasi. Lagi satu EC meter yang murah juga menunjukkan isu yang sama walaupun bacaan yang dibawah 1.5mS/cm hanya berbeza sedikit. EC meter Hanna pula konsisten memberikan bacaan yang tepat untuk nilai-nilai EC yang lain.

Bacaan EC meter Hanna untuk larutan rujukan EC DIY 1.0mS/cm

 

Kesimpulannya, kualiti EC meter adalah penting untuk memastikan bacaan tepat dan konsisten. Walaupun harga ratusan ringgit tetapi ia boleh menjadi penentu sama ada tanaman menjadi ataupun tidak. Bagi penanam komersil, EC meter yang murah mungkin boleh menyebabkan kerugian ribuan ringgit.

Kesimpulan kedua, ujian ini juga menunjukkan larutan rujukan EC yang agak tepat boleh dibuat sendiri. Hanya menggunakan garam dan air tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui untuk mendapatkan larutan rujukan yang tepat. Kami akan terbitkan tutorial membuat larutan rujukan EC dalam masa terdekat.

Jika anda berminat untuk mendapatkan EC meter Hanna sila hubungi En. Faizal iaitu wakil Hanna di 019-3045699 atau beli secara online di http://www.hannamalaysia.com/.

Share this post

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *