Kedai Kebun Dan Pertanian Putrajaya

Cara Menguji Ketepatan EC Meter

Cara Menguji Ketepatan EC Meter

Di dalam artikel kami yang lepas, kami menunjukkan cara untuk menghasilkan sendiri larutan rujukan EC yang boleh digunakan untuk menguji ketepatan EC meter. Di dalam artikel ini, kami ingin menerangkan cara untuk menguji ketepatan EC meter menggunakan larutan rujukan EC tersebut. Larutan rujukan EC yang ditunjukkan di bawah adalah mudah dan murah untuk dihasilkan tetapi anda juga boleh mendapatkannya di kedai online kami.

Panduan membuat larutan rujukan EC

Kalibrasi

Langkah pertama sebelum menggunakan EC meter adalah kalibrasi. Kalibrasi perlulah dibuat setepat yang mungkin kerana ianya akan mempengaruhi setiap bacaan yang diambil. Walaupun anda boleh membuat larutan rujukan sendiri seperti yang ditunjukkan di atas tetapi digalakkan untuk menggunakan larutan ‘conductivity standard’ yang akan memberikan kalibrasi yang lebih tepat. Dua nilai EC yang biasa digunakan untuk kalibrasi ialah 1.413uS/cm dan 12.88mS/cm.

Nilai EC larutan yang dihasilkan sendiri berbeza sedikit berbanding larutan ‘conductivity standard’

Larutan Ujian

Walaupun EC meter telah dikalibrasi tetapi tidak bermakna ia akan menunjukkan bacaan yang betul untuk setiap nilai EC. Maka, EC meter perlulah diuji pada nilai-nilai EC yang berlainan. Bancuh keempat-empat Larutan Ujian iaitu larutan rujukan EC pada nilai 1.04, 2.06, 3.05, dan 4.00 mS/cm seperti di dalam panduan di atas. Untuk setiap larutan isi ke dalam 2 cawan sehingga separuh penuh, satu cawan digunakan untuk membasuh probe EC meter dan lagi satu untuk mengambil bacaan. Langkah ini perlu untuk mengelakkan sebarang sisa larutan daripada bacaan yang diambil mempengaruhi nilai EC bacaan yang seterusnya. Lap probe selepas setiap kali basuhan dan mengambil bacaan untuk mengurangkan kesan ini.

Larutan untuk membasuh probe (kiri) dan untuk mengambil bacaan (kanan)

Keputusan

Nilai rujukan EC yang dihasilkan boleh berbeza sehingga 3% daripada nilai yang tertera di dalam panduan di atas disebabkan ralat peralatan yang digunakan. Maka, bacaan boleh dikatakan tepat jika ianya dalam lingkungan 3% daripada nilai yang tertera.

Share this post

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


LIHAT PRODUK