Panduan Membuat Produk SRI

Panduan Membuat Produk SRI

Penanaman secara konvensional bergantung tinggi kepada penggunaan baja dan racun kimia sintetik yang membawa kesan negatif kepada kesuburan tanah dan kesihatan tanaman. Tambahan lagi, penggunaan racun kimia sintetik yang berleluasa juga menjejaskan kesihatan dan merosakkan ekosistem alam semula jadi. Kebergantungan kepada bahan kimia sintetik ini juga bermakna kos penanaman tinggi yang sentiasa meningkat.

Ekosistem yang sihat dan pelbagai terjaga tanpa penggunaan agrokimia yang berleluasa

Cara penanaman yang melihat alam semula jadi secara holistik bukan sahaja boleh menghasilkan makanan yang lebih sihat dan selamat serta menjaga ekosistem alam semula jadi malah juga dapat mengurangkan kos penanaman. Terdapat pelbagai perkara di dalam alam semula jadi yang boleh dimanfaatkan dalam sistem penanaman sedia ada bagi mengurangkan penggunaan baja dan racun kimia sintetik.

Mendapatkan mikrob dari alam semula jadi untuk dimanfaatkan dalam penanaman

Produk SRI adalah antara hasil daripada usaha yang dilakukan oleh Noorazimah Taharim dan Salehuddin Yahya untuk membantu mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan hasil tanaman padi di Selangor dengan memperkenalkan kaedah System of Rice Intensification dan menggunakan sumber-sumber semula jadi untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia sintetik. System of Rice Intensification (SRI) merupakan kaedah pengurusan untuk mencapai potensi penuh tanaman padi dan ianya juga asal nama produk SRI.

Penanaman secara SRI memaksimakan potensi tanaman padi

Keberkesanan produk SRI terbukti bukan sahaja di dalam penanaman padi dalam meningkatkan kualiti tanaman dan mengurangkan kos penanaman malah juga di dalam sektor penanaman yang lain. Selain daripada itu, produk SRI boleh dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi yang mudah untuk didapati. Disebabkan manfaatnya yang pelbagai, kami ingin menggalakkan lebih ramai lagi menghasilkan dan menggunakannya dalam penanaman.

Tanaman padi yang menggunakan produk SRI lebih tahan terhadap penyakit
Produk SRI mudah untuk dibuat

Sila ke blog Noorazimah Taharim di bawah jika anda berminat untuk melihat perkembangan SRI di Selangor sewaktu beliau berkerja dahulu.

https://PertanianSelangor.wordpress.com

Panduan untuk membuat produk SRI boleh didapati di dalam buku elektronik Panduan Membuat Dan Mengguna Produk SRI Organik yang ditulis oleh Noorazimah Taharim dan Salehuddin Yahya dalam link di bawah.

https://www.Kebuna.com/BukuBuatSRI

Panduan Membuat Dan Mengguna Produk SRI Organik

Beberapa barangan yang diperlukan untuk membuat produk SRI mungkin agak sukar untuk didapati tetapi terdapat alternatif lain yang boleh digunakan. Sila rujuk link di bawah untuk mendapat senarai sumber bahan mentah.

https://www.Kebuna.com/BahanMentahSRI

Kami juga menyediakan Facebook Group Produk SRI Buat Sendiri untuk memberi ruangan bagi persoalan dan perkongsian.

https://www.Kebuna.com/GrupBuatSRI

Kami berharap apa yang kami kongsikan di sini akan membawa pelbagai manfaat. Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau maklum balas sila tulis di ruang komen di bawah.

Share this post

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


Hubungi Kami
011-34228877
WhatsApp
Lokasi Kebuna