Kedai Kebun Dan Pertanian Putrajaya

Apakah Electrical Conductivity (EC)?

Apakah Electrical Conductivity (EC)?

Bagi penanaman yang menggunakan sistem fertigasi atau hidroponik, adalah penting untuk memastikan kepekatan larutan baja berada di tahap yang sesuai supaya tanaman tumbuh dengan baik. Salah satu cara untuk memastikannya adalah dengan menggunakan EC meter. EC iaitu singkatan untuk ‘electrical conductivity’ ialah keupayaan sesuatu bahan untuk mengalirkan arus elektrik. Lebih mudah sesuatu bahan mengalirkan arus elektrik, lebih tinggi nilai EC bahan tersebut dan di dalam penanaman unit yang biasa digunakan untuk mengukur EC ialah milisiemens per sentimeter (mS/cm). Gambar di atas menunjukkan beberapa larutan pada kadar EC berbeza yang digunakan sebagai rujukan.

EC meter jenama Hanna

Walaupun air ialah konduktor elektrik yang amat lemah tetapi apabila dicampur dengan baja, elemen-elemen di dalam baja akan membentuk ion yang boleh membawa caj justeru mengalirkan arus elektrik. Lebih tinggi kandungan baja di dalam larutan, lebih tinggi kandungan ion di dalam larutan tersebut dan keupayaannya untuk mengalirkan arus elektrik. Oleh itu, EC meter sesuai digunakan untuk menentukan kadar kepekatan larutan baja. Kebiasaannya tanaman yang muda diberikan baja pada tahap kepekatan atau EC yang rendah dan kepekatan baja ditingkatkan mengikut pertumbuhan tanaman.

Mengambil bacaan EC

Di pasaran terdapat pelbagai EC meter yang berharga dari puluhan ringgit hinggalah ratusan ringgit. Di bawah ialah EC meter yang kerap kami lihat digunakan kerana harganya murah tetapi menurut ujian yang kami lakukan bacaan EC meter tersebut adalah jauh tidak tepat. Buat masa ini kami hanya menggalakkan EC meter jenama Hanna kerana kualitinya yang tinggi dan ujian yang kami lakukan juga menunjukkan bacaannya tepat. Model yang sesuai digunakan dalam penanaman adalah HI98304 DiST® 4 seperti di dalam gambar di atas dan anda boleh mendapatkannya di kedai online Hanna Malaysia.

EC meter yang tidak tepat menurut ujian kami

Share this post

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


Hubungi Kami
011-34228877
WhatsApp
Lokasi Kebuna