Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Bila Perlu Menggunakan Sumbu

Bila Perlu Menggunakan Sumbu

Dalam penanaman hidroponik, tanaman diletakkan di atas larutan nutrien yang membekalkan air dan nutrien untuk tanaman tersebut. Maka media yang digunakan perlulah terendam sedikit di dalam larutan nutrien. Ia idak perlu terendam sepenuhnya kerana larutan nutrien akan meresap ke kawasan media yang lain.

Larutan ini akan berkurangan kerana digunakan oleh tanaman tetapi pada waktu yang sama, akar tanaman juga membesar dan memanjang ke bawah. Tanaman mendapat secara terus air dan nutrien walaupun media yang digunakan tidak lagi terendam di dalam larutan nutrien tersebut. Akar terendam di dalam larutan nutrien

Akar terendam di dalam larutan nutrien

Namun, sekiranya akar tidak boleh memanjang sehingga terendam ke dalam larutan nutrien seperti di bawah, sumbu perlulah digunakan untuk menarik larutan nutrien kepada media tanaman. Antara bahan yang boleh digunakan untuk membuat sumbu ialah tali mop dan fabrik filter akuarium. Perlu dipastikan saiz atau bilangan sumbu yang digunakan bersesuaian untuk memastikan tanaman mendapat air dan nutrien secukupnya.

Sumbu menarik larutan nutrien

Perkara-perkara lain berkaitan asas penanaman secara hidroponik boleh didapati di dalam artikel di bawah.

Share this post


LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
DELIVERY SERVICE