Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Pilih Cara Semaian yang Sesuai

Pilih Cara Semaian yang Sesuai

Tanaman boleh mempunyai lebih daripada satu cara semaian untuk menghasilkan tanaman yang baru tetapi cara semaian perlulah dipilih bersesuaian dengan jenis tanaman yang ingin dihasilkan. Ini disebabkan cara semaian boleh mempengaruhi ciri-ciri tanaman yang terhasil. Untuk sesetengah tanaman pula, pemilihan sesuatu cara semaian adalah bergantung lebih kepada kemudahan satu cara berbanding yang lain.

Bagi kebanyakan tanaman seperti sayur-sayuran, cara yang sesuai dan mudah adalah melalui semaian biji benih. Tanaman sayuran yang terhasil akan hampir sama seperti tanaman induk atau mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki jika dari biji benih hibrid.

Bagi jenis tanaman buah-buahan tertentu pula, cara semaian biji benih adalah tidak sesuai kerana ianya tidak akan menghasilkan tanaman dengan ciri-ciri yang dikehendaki. Biji benih yang dapat daripada hasil tanaman hibrid juga tidak sesuai digunakan kerana tanaman yang terhasil tidak lagi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan tanaman induk.

Salah satu cara untuk mendapatkan tanaman baru yang mempunyai ciri-ciri sama dengan tanaman induk adalah semaian secara vegetatif seperti keratan atau tut dan cantuman. Ini adalah kerana kedua-dua tanaman baru dan induk akan sama secara genetik.

Bagi sesetengah tanaman buah-buahan, tanaman baru dihasilkan dengan mencamtumkan pucuk atau keratan dari induk yang dikehendaki ke tanaman penanti yang biasanya tumbuh dari biji benih. Ini menghasilkan tanaman yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki pada masa yang sama mempunyai sistem akar tunjang yang kuat.

Share this post


LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
DELIVERY SERVICE