Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Tips Berkebun

Pilih Cara Semaian yang Sesuai

Tanaman boleh mempunyai lebih daripada satu cara semaian untuk menghasilkan tanaman yang baru tetapi cara semaian perlulah dipilih bersesuaian dengan jenis tanaman yang ingin dihasilkan. Ini disebabkan cara semaian boleh mempengaruhi ciri-ciri tanaman yang terhasil. Untuk sesetengah tanaman pula, pemilihan sesuatu cara semaian adalah bergantung lebih kepada kemudahan satu cara berbanding yang lain. Bagi kebanyakan tanaman seperti sayur-sayuran, cara yang sesuai dan mudah adalah melalui semaian biji benih. Tanaman sayuran yang terhasil akan hampir sama seperti tanaman induk atau mempunyai...

Read more...

Bila Perlu Menggunakan Sumbu

Dalam penanaman hidroponik, tanaman diletakkan di atas larutan nutrien yang membekalkan air dan nutrien untuk tanaman tersebut. Maka media yang digunakan perlulah terendam sedikit di dalam larutan nutrien. Ia idak perlu terendam sepenuhnya kerana larutan nutrien akan meresap ke kawasan media yang lain. Larutan ini akan berkurangan kerana digunakan oleh tanaman tetapi pada waktu yang sama, akar tanaman juga membesar dan memanjang ke bawah. Tanaman mendapat secara terus air dan nutrien walaupun media yang digunakan tidak lagi terendam di dalam...

Read more...

Gunakan Saiz Pasu Yang Bersesuaian Dengan Tanaman

Bagi mereka yang tidak mempunyai tanah atau kawasan untuk menanam, bekas tanaman seperti pasu adalah antara pilihan yang ada untuk bercucuk tanam. Tambahan lagi, pasu juga mempunyai pelbagai saiz, warna, dan rupa bentuk menarik yang boleh mencantikkan halaman rumah. Antara perkara yang perlu dipastikan adalah memilih saiz pasu yang sesuai dengan jenis tanaman. Saiz pasu yang terlalu kecil akan membantutkan tanaman kerana pertumbuhan akar yang terhad menyebabkan tanaman tidak boleh membesar. Tanaman juga mudah tumbang dan tanah cepat kering jika...

Read more...

Pastikan Semaian Mendapat Cahaya Matahari Yang Cukup

Cahaya adalah salah satu keperluan utama tanaman dan ia diperlukan dalam penghasilan makanan untuk tanaman melalui proses fotosintesis. Kekurangan cahaya boleh menyebabkan tanaman tidak membesar dengan baik. Walaupun cahaya tidak diperlukan untuk biji benih bercambah tetapi sebaik sahaja ianya bercambah, ianya perlulah mendapatkan cahaya yang cukup. Kekurangan cahaya boleh menyebabkan semaian tumbuh panjang dan kurus seperti lidi. Bagi memastikan semaian mendapat cahaya yang cukup apabila ia bercambah, letakkan di tempat yang cerah tetapi bukan di tempat yang mendapat matahari terus contohnya...

Read more...

Maksud Nombor Yang Terdapat Pada Bungkusan Baja

Pada bungkusan baja terutamanya bungkusan baja kimia kebiasannya tertera tiga nombor contohnya 8-8-8 dan 12-12-17. Tiga nombor ini merujuk kepada peratusan kandungan nutrien utama tanaman iaitu nitrogen ( N), foforus (P) dan potasium (K) yang terkandung di dalamnya. Sebagai contoh, baja yang mempunyai nombor 12-11-18 mengandungi 12% nitrogen ( N), 11% fosfat (P2O5), dan 18% potash (P2O). Selain daripada tiga nutrien ini, baja juga boleh mengandungi nutrien-nutrien yang lain seperti magnesium (Mg), sulfur (S), dan unsur surih (‘trace element’ atau...

Read more...

Basuh Cocopeat Sebelum Guna

Cocopeat atau sabut kelapa kerap digunakan sebagai media tanaman kerana ia mempunyai pelbagai ciri yang sesuai untuk tanaman. Tambahan lagi, ia mudah didapati serta mempunyai kos yang rendah. Namun begitu, cocopeat mengandungi kandungan garam yang tinggi yang boleh memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan tanaman. Kandungan garam yang tinggi di dalam media tanaman mengganggu penyerapan nutrien oleh akar tanaman yang boleh menyebabkan tanaman menjadi bantut. Cocopeat sebaiknya dibasuh sebelum digunakan bagi mengurangkan kandungan garam di dalamnya. Cara membasuh cocopeat adalah sama seperti...

Read more...

Pastikan Media Semaian Sentiasa Lembap

Biji benih boleh bertahan bertahun lamanya jika disimpan dengan baik tetapi ianya amat sensitif apabila ia sudah mula bercambah. Fasa percambahan biji benih bermula apabila ianya menyerap air dan pada peringkat ini ia mudah mati jika kekurangan air. Pastikan media semaian sentiasa lembap terutamanya di peringkat awal percambahan biji benih. Letakkan semaian di tempat yang redup untuk memastikan media tidak mudah kering. Sama juga bagi tanaman yang terus disemai di atas tanah, kawasan tanaman perlulah dipastikan tidak kering. Penting juga untuk...

Read more...
LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
DELIVERY SERVICE