Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Biji Benih

Pastikan Semaian Mendapat Cahaya Matahari Yang Cukup

Cahaya adalah salah satu keperluan utama tanaman dan ia diperlukan dalam penghasilan makanan untuk tanaman melalui proses fotosintesis. Kekurangan cahaya boleh menyebabkan tanaman tidak membesar dengan baik. Walaupun cahaya tidak diperlukan untuk biji benih bercambah tetapi sebaik sahaja ianya bercambah, ianya perlulah mendapatkan cahaya yang cukup. Kekurangan cahaya boleh menyebabkan semaian tumbuh panjang dan kurus seperti lidi. Bagi memastikan semaian mendapat cahaya yang cukup apabila ia bercambah, letakkan di tempat yang cerah tetapi bukan di tempat yang mendapat matahari terus contohnya...

Read more...

Pastikan Media Semaian Sentiasa Lembap

Biji benih boleh bertahan bertahun lamanya jika disimpan dengan baik tetapi ianya amat sensitif apabila ia sudah mula bercambah. Fasa percambahan biji benih bermula apabila ianya menyerap air dan pada peringkat ini ia mudah mati jika kekurangan air. Pastikan media semaian sentiasa lembap terutamanya di peringkat awal percambahan biji benih. Letakkan semaian di tempat yang redup untuk memastikan media tidak mudah kering. Sama juga bagi tanaman yang terus disemai di atas tanah, kawasan tanaman perlulah dipastikan tidak kering. Penting juga untuk...

Read more...
LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
DELIVERY SERVICE