Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Irigasi & Fertigasi

Maklumat Penggunaan Injektor Baja dan Cara Pemasangan Injektor Venturi untuk Sistem Fertigasi

Penanaman menggunakan sistem fertigasi di Malaysia biasanya menggunakan tangki untuk menyimpan larutan nutrien. Konfigurasi ini mudah tetapi bancuhan larutan nutrien perlu dibuat setiap kali paras larutan rendah di mana kekerapan bergantung pada saiz tangki dan keperluan air dan baja tanaman. Jenis tangki yang biasa digunakan untuk menyimpan air dan larutan nutrien di dalam sistem fertigasi. Ukuran yang diberikan boleh membantu anda mendapatkan saiz tangki yang sesuai dengan sistem fertigasi yang menggunakan tangki. Masa dan ruang boleh dijimatkan dengan menggunakan injektor baja...

Read more...

6 Dari 10 EC Meter Tidak Sesuai Digunakan

Kami ada menyediakan servis uji ketepatan bacaan EC meter yang kami tawarkan secara percuma buat masa ini. Sehingga kini kami telah merekodkan ujian 10 unit EC meter dan mendapati 6 daripadanya tidak sesuai untuk digunakan. Anda boleh melihat rajah di dalam gambar di atas yang menunjukkan bacaan antara EC meter yang diuji (B1,B2,B3,B4) dengan nilai EC sebenar larutan tersebut (N1,N2,N3,N4). Kod merujuk kepada unit EC meter yang kami uji dan tanda merah bermaksud ianya tidak sesuai digunakan. Penerangan lanjut...

Read more...

Perbandingan Antara EC Meter Hanna DiST 4 dan AquaPro AP-2

Kami kerap membuat penulisan berkaitan EC meter kerana ia mempunyai fungsi yang penting dalam penanaman. EC meter digunakan dalam penanaman secara utamanya untuk mengukur kepekatan bancuhan larutan baja dalam penanaman secara fertigasi dan hidroponik. Walaupun ianya hanya satu alat yang kecil tetapi ia boleh menentukan sama ada tanaman menjadi ataupun tidak. EC meter yang memberikan bacaan yang salah boleh menyebabkan kerugian yang besar bagi penanam komersial dan mengikut pengalaman kami sendiri menguji pelbagai produk EC meter, banyak juga yang...

Read more...

Cara Menguji EC Meter Menggunakan 100 Plus Active

Terdapat banyak produk EC meter di pasaran dan mengikut pengalaman kami sendiri, banyak juga yang tidak tepat dan tidak sesuai untuk digunakan kerana nilai bacaan berbeza jauh berbanding nilai sebenar. https://www.kebuna.com/blog/6-dari-10-ec-meter-tidak-sesuai-digunakan Kami ada menyediakan panduan cara bagaimana anda boleh menguji ketepatan EC meter di halaman di bawah. https://www.kebuna.com/blog/cara-menguji-ketepatan-ec-meter Walaupun caranya mudah tetapi ianya memerlukan penimbang yang tepat dan sensitif. Untuk memastikan penimbang adalah tepat, anda akan memerlukan beberapa ‘calibration weight’ yang bersesuaian. Satu alternatif adalah dengan menggunakan larutan conductivity standard yang terdapat di...

Read more...

Cara Menguji Ketepatan EC Meter

Satu alat yang amat penting di dalam penanaman fertigasi atau hidroponik secara komersial ialah EC meter. Kepekatan larutan nutrien kerap berubah mengikut pertumbuhan dan perkembangan tanaman dan EC meter digunakan untuk memastikan kadar nutrien yang digunakan ialah bersesuaian. Maka, pengeluaran hasil tanaman-tanaman adalah amat bergantung kepada keupayaan EC meter memberikan bacaan yang tepat dan konsisten. Namun, mengikut ujian yang kami lakukan 6 daripada 10 produk EC meter di pasaran tidak sesuai digunakan. https://www.kebuna.com/blog/6-dari-10-ec-meter-tidak-sesuai-digunakan Cara yang mudah untuk menguji ketepatan bacaan EC...

Read more...

Apakah Electrical Conductivity (EC)?

Bagi penanaman yang menggunakan sistem fertigasi atau hidroponik, adalah penting untuk memastikan kepekatan larutan baja berada di tahap yang sesuai supaya tanaman tumbuh dengan baik. Salah satu cara untuk memastikannya adalah dengan menggunakan EC meter. EC iaitu singkatan untuk 'electrical conductivity' ialah keupayaan sesuatu bahan untuk mengalirkan arus elektrik. Lebih mudah sesuatu bahan mengalirkan arus elektrik, lebih tinggi nilai EC bahan tersebut dan di dalam penanaman unit yang biasa digunakan untuk mengukur EC ialah milisiemens per sentimeter (mS/cm). Gambar...

Read more...
Kalkulator Baja AB

Kalkulator Baja Fertigasi & Hidroponik

Campuran baja yang betul di dalam sistem fertigasi dan hidroponik adalah amat penting untuk mendapatkan pertumbuhan tanaman yang optimum dan penggunaan baja yang efisien. Komponen-komponen baja yang diperlukan dapat ditentukan daripada kepekatan setiap elemen yang diperlukan dan biasanya unit PPM atau Parts per Million digunakan. PPM adalah hubungan kepekatan atau kandungan sesuatu bahan di dalam sesuatu sebatian atau larutan, contohnya larutan yang mempunyai 200ppm nutrien kalium bermaksud berat nutrien kalium di dalam larutan tersebut adalah 200 per satu juta...

Read more...

Cara Membuat Larutan Rujukan EC

Artikel ini dalam proses pembaharuan untuk menambahkan lagi maklumat-maklumat yang relevan dan saiz botol yang digunakan untuk membuat larutan rujukan EC telah bertukar dari 1.5L ke 500mL. Jika anda pernah mendapatkan dokumen DIY Larutan Rujukan EC kami telah memperbaharui dokumen tersebut yang anda boleh dapatkan di bawah. Sila ke artikel di bawah untuk mendapatkan panduan am serta beberapa perkara yang anda perlu tahu dalam membuat larutan rujukan EC. https://www.kebuna.com/blog/perbandingan-antara-ec-meter-hanna-dist-4-dan-aquapro-ap-2 EC meter ialah peralatan penting dalam penanaman secara fertigasi dan hidroponik dan...

Read more...

Kenapa Kualiti EC Meter Penting

UPDATE: Kami ada menguji ketepatan bacaan 10 unit EC meter yang berbeza dan mendapati 6 daripadanya tidak sesuai digunakan. Sila lihat artikel di bawah untuk maklumat lanjut. https://www.kebuna.com/blog/6-dari-10-ec-meter-tidak-sesuai-digunakan Terdapat pelbagai EC meter di dalam pasaran dan harga setiap satunya boleh berbeza besar. Satu jenama yang dikenali dengan kualiti iaitu Hanna, harga EC meter yang dijual oleh mereka adalah dalam lingkungan ratusan ringgit manakala banyak EC meter yang lain di pasaran jauh lebih murah. EC meter Hanna Untuk melihat perbezaan antara EC meter...

Read more...

Float Switch untuk Pam Air ke Tangki

Jika anda menggunakan pam untuk mengisi tangki air daripada tasik atau kolam, float switch boleh membantu mengautomasikan pengisian tangki. Anda boleh melihat bagaimana ia berfungsi di dalam video. Float switch ini akan ON apabila paras air rendah dan OFF apabila paras air tinggi. Paras air yang dikehendaki boleh diperoleh dengan melaras panjang kabel. Pam boleh disambung terus ke float switch tetapi kami galakkan menggunakan relay 5V kerana lebih selamat. 5V relay digunakan untuk mengawal pam. Float switch dan relay mudah didapati di kedai-kedai...

Read more...
LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
HOW-TO ORDER