Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Kongsi Pengalaman

Minggu-3 Ke Minggu-10 Jurnal Kebun Fertigasi Komersial Di Kawasan Bandar @ Urban Tani

Saya sudah lama tidak memberikan perkembangan kebun di blog ini dan penulisan ini pun baru bermula selepas minggu-9. Sejak hampir 2 bulan yang lepas saya tidak kerap berada di kebun seperti dua minggu sebelumnya. Salah satu sebab saya tidak boleh datang lebih kerap ke kebun adalah pada minggu ketiga semua orang yang berkerja di Kebuna kecuali saya perlu melalui kuarantin disebabkan Covid dan saya hanya boleh datang pada 3 hari pertama sahaja. Selain daripada itu, lebih kurang 2 bulan...

Read more...

Minggu-2 Jurnal Kebun Fertigasi Komersial Di Kawasan Bandar @ Urban Tani

Catatan jurnal minggu ini tidak sepanjang seperti minggu pertama yang mengandungi lebih banyak penerangan dan penjelasan bagi setiap aktiviti yang dilakukan. Catatan jurnal minggu pertama boleh dapatkan di bawah. https://www.kebuna.com/blog/minggu-1-jurnal-kebun-fertigasi-komersial-di-kawasan-bandar-urban-tani Catatan untuk minggu ini bermula pada 07/03/2022 atau hari-8 tetapi untuk hari-8 saya tidak dapat hadir dan hari-9 saya hanya boleh datang waktu petang dan sebentar sahaja. Untuk mengisi ruang jurnal minggu ini saya akan kongsikan perkara-perkara dari minggu lepas tetapi tidak dimasukkan ke dalam jurnal sebelum ini. Salah satunya adalah...

Read more...

Minggu-1 Jurnal Kebun Fertigasi Komersial Di Kawasan Bandar @ Urban Tani

Pengenalan jurnal ini terdapat dalam link di bawah.kebuna.com/blog/pengenalan-jurnal-kebun-fertigasi-komersial-di-kawasan-bandar-urban-tani Hari-1 (28/02/2022) https://www.youtube.com/watch?v=YFsMuKwSk74 Catatan jurnal ini bermula dengan hari pertama pembukaan tapak kebun fertigasi 500 polibeg di Bangi. Jadi anda akan dapat melihat secara teliti bagaimana kebun fertigasi didirikan dari tanah yang kosong. Tapak kebun adalah tanah kawasan perumahan dengan keluasan 70x80 kaki. Joe Jason iaitu staf Urban Tani yang akan menguruskan dan juga membuat kerja-kerja menaikkan kebun ini menerangkan dengan lebih lanjut dalam video di atas. Serba sedikit latar belakang Joe, selain...

Read more...

Pengenalan Jurnal Kebun Fertigasi Komersial Di Kawasan Bandar @ Urban Tani

Untuk mencari ilmu dan pengalaman dalam arena penanaman komersial, saya berkerjasama dengan Encik Fahmie Abu Bakar iaitu pemilik Urban Tani dengan membantu beliau menguruskan projek kebun fertigasi komersial yang beliau sedang dirikan sekarang. Beliau yang juga merupakan guru bagi saya mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam perniagaan dan penanaman secara komersial. Niat saya juga untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya dapatkan dengan harapan ianya akan membawa manfaat kepada orang lain. Maklumat lanjut berkaitan usaha ini boleh lihat...

Read more...

Mengumpul dan Berkongsi Pengalaman Penanaman Secara Komersial

Tidak kira membuat apa pun, ilmu yang betul adalah penting untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Sekarang tidak sukar untuk mencari pelbagai jenis ilmu tidak kira dalam apa bidang pun dengan adanya kemudahan internet. Ramai yang berkongsi ilmu secara terbuka dan mudah untuk diakses di pelbagai platform. Ilmu penanaman yang luas pun banyak yang boleh didapati di pelbagai halaman dalam internet. Anda pun boleh mendapatkan eBook penanaman setebal lebih 400 muka surat yang diberikan oleh penerbitnya secara percuma. Klik untuk dapatkan...

Read more...
LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
HOW-TO ORDER