Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Kursus Biochar di Youtube oleh Living Web Farms (3+ Jam)

Kursus Biochar di Youtube oleh Living Web Farms (3+ Jam)

Saya terjumpa kursus biochar di Youtube yang saya rasa amat bermanfaat. Kursus ini bukan sahaja menunjukkan cara membuat biochar yang mempunyai pelbagai manfaat untuk tanaman dan alam sekitar malah membuatnya dengan cara yang meminimakan pencemaran dan memanfaatkan tenaga yang terhasil daripada proses pembuatan biochar.

Dalam kursus ini anda juga akan mempelajari sebahagian daripada sains dan sejarah berkaitan biochar. Ia juga fokus kepada penjagaan kepada alam sekitar dengan hanya menggunakan bahan buangan dan menjalankan operasi secara lokal selain daripada meminimakan pencemaran dan tidak membazirkan tenaga yang terhasil.

Terima kasih kepada Living Web Farms kerana berkongsi kursus yang berharga ini.

Video-video kursus terdapat dalam playlist di bawah.

Cara pembuatan biochar yang ditunjukkan dalam kursus di atas tidak mudah untuk dibuat oleh semua kerana memerlukan 2 tong besi. Terdapat satu cara membuat biochar yang tidak memerlukan sebarang peralatan dan anda hanya perlu mengorek lubang di dalam tanah. Cara ini diterangkan dalam video di bawah.

Terdapat pelbagai lagi video-video bermanfaat yang disediakan oleh Living Web Farms dalam link di bawah.
https://www.youtube.com/c/LivingwebfarmsOrg

Share this post


LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
HOW-TO ORDER