Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Operasi Sewaktu Pandemik Coronavirus COVID-19

Operasi Sewaktu Pandemik Coronavirus COVID-19

Kebuna akan kembali beroperasi pada 18 Mei 2020 ini dan cuti sempena Hari Raya Aidilfitri adalah pada 23-25 Mei 2020. Waktu operasi Kebuna telah ditukar, kedai akan dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Sebelum ini Kebuna beroperasi separuh hari pada hari Jumaat. Waktu operasi masih boleh bertukar bergantung kepada keadaan semasa. Buat masa ini penghantaran dan pengeposan tidak dibuat.

Bagi menjaga keselamatan bersama sewaktu pandemik Coronavirus COVID-19 ini, kami akan menghadkan operasi Kebuna. Tujuan utama kami adalah untuk mengurangkan sebarang risiko penyakit berbahaya ini daripada merebak. Oleh kerana virus COVID-19 ini adalah amat mudah berjangkit dan juga terdapat kes yang tidak menunjukkan sebarang simptom, adalah amat penting untuk mengambil langkah berhati-hati dalam isu ini. Di bawah akan diterangkan operasi Kebuna sewaktu pandemik ini dan kami amat harapkan kerjasama anda dalam memastikan keselamatan semua terjaga.

Seperti yang disarankan oleh kerajaan, sila gunakan face mask, amalkan penjarakan sosial, dan kerap membersihkan tangan apabila berada di tempat awam. Kami juga mengambil langkah tambahan bagi mengurangkan direct contact dan bilangan orang di premis pada satu-satu masa. Secara amnya kami ingin menghadkan aktiviti di premis dengan memanfaatkan kemudahan telefon dan internet. Sebagai contoh, pembelian boleh dilakukan secara online dan anda hanya perlu ambil barangan yang dibeli di kedai. Penerangan lanjut adalah seperti di bawah (Buat masa ini kedai online tidak aktif dan akan aktif beberapa hari sebelum Kebuna kembali beroperasi):

  • Anda boleh melihat barangan yang kami tawarkan di halaman ini
  • Jika anda mempunyai persoalan mengenai barangan yang ditawarkan boleh hantar pertanyaan melalui telefon atau WhatsApp (klik butang di bawah kanan)
  • Anda boleh membuat pesanan melalui halaman di atas atau senaraikan barangan yang diperlukan melalui WhatsApp
  • Kami akan lihat stok yang ada, berikan maklumat lanjut jika perlu, dan berikan jumlah harga
  • Pembayaran kemudiannya dibuat melalui bank transfer atau online banking
  • Anda datang ke Kebuna dan barangan yang dibeli akan dihantar ke kenderaan anda

Perkara-perkara lain yang boleh dibuat melalui telefon dan internet kami amat galakkan dibuat melalui saluran tersebut. Anda juga boleh dapatkan tips menanam di blog kami. Sila hubungi melalui telefon atau WhatsApp jika anda mempunyai sebarang persoalan.

Share this post

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


LIHAT PRODUK
Operasi Sewaktu COVID-19