Kedai Kebun Dan Pertanian Putrajaya

Tanaman Anda Perlukan Banyak Cahaya

Tanaman Anda Perlukan Banyak Cahaya

Semua tahu tanaman memerlukan cahaya untuk proses fotosintesis tetapi berapakah kecerahan atau keamatan cahaya yang diperlukan oleh tanaman?

Kebanyakan tanaman memerlukan di antara 15,000 ke 45,000 lux cahaya untuk pertumbuhan yang normal. Lux adalah unit yang digunakan untuk mengukur keamatan cahaya atau light intesity. Secara praktikalnya keperluan tanaman adalah lebih tinggi disebabkan keadaan yang tidak ideal seperti bayang yang disebabkan oleh daun atau tanaman lain.

Sebagai perbandingan pada tengahari yang cerah, keamatan cahaya matahari (direct sunlight) adalah di dalam lingkungan 120,000 lux. Pada hari yang cerah tetapi di tempat yang redup, bawah 25,000 lux; pada hari yang mendung, 2,000 lux; dan di dalam rumah yang mempunyai pencahayaan yang cukup hanyalah 500 lux.

Jadi, daripada nilai di atas kebanyakan tanaman memerlukan cahaya matahari (direct sunlight) dan ianya tidak mudah untuk diganti dengan lampu (artificial light). Tanda tanaman tidak menerima pencahayaan yang cukup adalah ianya tumbuh panjang dan kurus serta terbantut. Pastikan tanaman mendapat sekurang-kurangnya 4 jam cahaya matahari (direct sunlight) untuk pertumbuhan yang baik.

Share this post

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


LIHAT PRODUK