Kedai Kebun Dan Pertanian Putrajaya

Bagaimana Cahaya Matahari Digunakan Oleh Tanaman

Bagaimana Cahaya Matahari Digunakan Oleh Tanaman

Cahaya matahari mempunyai spektrum yang luas iaitu dari inframerah sehinggalah ultraungu. Kita merasa panas apabila di bawah cahaya matahari disebabkan cahaya inframerah daripada matahari menjadi tenaga haba apabila diserap oleh kulit kita.

Di antara dua spektrum tersebut pula adalah spektrum cahaya yang boleh dilihat (visible light spectrum). Spektrum ini pula boleh dibahagikan kepada enam bahagian utama atau warna. Kita dapat melihat warna daripada objek di sekeliling kita disebabkan permukaan objek tersebut memantulkan warna cahaya yang kita nampak dan menyerap warna cahaya yang lain.

Cahaya matahari yang digunakan oleh tanaman adalah kebanyakannya di dalam spektrum yang boleh dilihat ini dan seperti objek-objek lain ia juga menyerap sebahagian cahaya dan memantulkan yang lain. Di dalam proses fotosinstesis, spektrum biru-ungu dan oren-merah yang utamanya digunakan atau diserap oleh tanaman. Disebabkan itulah daun berwarna hijau kerana ia dipantul dan tidak diserap oleh tanaman pada kadar yang tinggi seperti warna-warna lain.

Fakta ini adalah penting untuk sesiapa yang ingin melakukan penanaman di dalam rumah (indoor gardening). Di dalam artikel yang ditulis sebelum ini, (Tanaman Anda Perlukan Banyak Cahaya) kebanyakan tanaman memerlukan cahaya yang agak banyak dan ia tidak mudah untuk digantikan dengan cahaya buatan (artificial light) kerana kos tenaga elektrik adalah tinggi untuk mendapatkan pencahayaan yang mencukupi jika menggunakan lampu biasa.

Tetapi, dengan mengetahui bahawa tanaman hanya menggunakan sebahagian daripada spektrum cahaya pada kadar yang tinggi, maka dengan memilih sumber cahaya yang memancarkan spektrum cahaya ini sahaja dan juga menggunakan lampu yang efisyen seperti lampu LED, penanaman di dalam rumah (indoor) boleh dilakukan dengan lebih efisyen.

Share this post

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


LIHAT PRODUK