Kedai Kebun Dan Pertanian Putrajaya

Tanggalkan Netting Jika Anda Menggunakan Pelet Semaian

Tanggalkan Netting Jika Anda Menggunakan Pelet Semaian

Pelet semaian atau lebih dikenali dengan nama jiffy adalah amat mudah digunakan sebagai media semaian tetapi selaput netting pada permukaan pelet ini tidak semestinya terurai dengan lengkap apabila ditanam ke dalam tanah walaupun ianya biodegradable.

Kami pernah mempunyai satu pokok buah tin daripada tut dan menggunakan pelet semaian untuk membuat tut tersebut. Pertumbuhannya terbantut dan apabila dicabut pokok tersebut, selaput netting putih pelet semaian masih ada dan ianya menghalang pertumbuhan akar.

Apabila mencari masalah ini di dalam internet, rupa-rupanya ramai juga yang mengalami perkara yang sama contohnya seperti di dalam forum di bawah dan penulisnya menunjukkan gambar-gambar di bawah.
http://forums2.gardenweb.com/discussions/1397733/peat-pellet-users-you-might-want-to-look-pics

Untuk mengelakkan masalah ini, anda digalakkan untuk menanggalkan netting sebelum mengalihkan tanaman dan berhati-hati supaya tidak merosakkan akar yang sedia ada.

Share this post

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


LIHAT PRODUK