Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Blog

Boleh Ke Mencapai Sasaran Tahap Sara Diri (SSL) Sebegitu Tinggi?

Pada Oktober 2021 kerajaan Malaysia mengeluarkan dokumen Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang mengandungi rancangan kerajaan untuk sektor agromakanan negara ini. Anda boleh dapatkan dokumen tersebut di bawah.https://parlimen.gov.my/resources/files/rsaindex/pdf/Dasar%20Agromakanan%20Negara%202021-2030%20(DAN%202.0)_compressed.pdf Satu rancangan yang dibuat adalah meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) bagi setiap sektor makanan keperluan seperti beras, sayur-sayuran, daging, dan sebagainya. SSL menjelaskan peratusan perbandingan pengeluaran dengan penggunaan domestik. Sebagai contoh, 60% SSL bermaksud negara mampu untuk menghasilkan 60% daripada penggunaan domestik dan lagi 40% perlu diimport. Nilai SSL yang tinggi bermaksud sekuriti...

Read more...

Minggu-1 Jurnal Kebun Fertigasi Komersial Di Kawasan Bandar @ Urban Tani

Pengenalan jurnal ini terdapat dalam link di bawah.kebuna.com/blog/pengenalan-jurnal-kebun-fertigasi-komersial-di-kawasan-bandar-urban-tani Hari-1 (28/02/2022) https://www.youtube.com/watch?v=YFsMuKwSk74 Catatan jurnal ini bermula dengan hari pertama pembukaan tapak kebun fertigasi 500 polibeg di Bangi. Jadi anda akan dapat melihat secara teliti bagaimana kebun fertigasi didirikan dari tanah yang kosong. Tapak kebun adalah tanah kawasan perumahan dengan keluasan 70x80 kaki. Joe Jason iaitu staf Urban Tani yang akan menguruskan dan juga membuat kerja-kerja menaikkan kebun ini menerangkan dengan lebih lanjut dalam video di atas. Serba sedikit latar belakang Joe, selain daripada...

Read more...

Pengenalan Jurnal Kebun Fertigasi Komersial Di Kawasan Bandar @ Urban Tani

Untuk mencari ilmu dan pengalaman dalam arena penanaman komersial, saya berkerjasama dengan Encik Fahmie Abu Bakar iaitu pemilik Urban Tani dengan membantu beliau menguruskan projek kebun fertigasi komersial yang beliau sedang dirikan sekarang. Beliau yang juga merupakan guru bagi saya mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam perniagaan dan penanaman secara komersial. Niat saya juga untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya dapatkan dengan harapan ianya akan membawa manfaat kepada orang lain. Maklumat lanjut berkaitan usaha ini boleh lihat dalam...

Read more...

Mengumpul dan Berkongsi Pengalaman Penanaman Secara Komersial

Tidak kira membuat apa pun, ilmu yang betul adalah penting untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Sekarang tidak sukar untuk mencari pelbagai jenis ilmu tidak kira dalam apa bidang pun dengan adanya kemudahan internet. Ramai yang berkongsi ilmu secara terbuka dan mudah untuk diakses di pelbagai platform. Ilmu penanaman yang luas pun banyak yang boleh didapati di pelbagai halaman dalam internet. Anda pun boleh mendapatkan eBook penanaman setebal lebih 400 muka surat yang diberikan oleh penerbitnya secara percuma. Klik untuk dapatkan eBook...

Read more...

Projek Kebun Bandar Lestari Blok 41 PPR Gombak Setia

https://www.youtube.com/watch?v=uShJtDQTSHg Sewaktu awal pandemik Covid-19, komuniti di Blok 41 PPR Gombak Setia, Kuala Lumpur memulakan projek Kebun Bandar Lestari di tanah-tanah kosong berhampiran. Usaha mereka hampir 2 tahun ini telah menghasilkan kebun komuniti yang hidup dengan pelbagai tanaman. Selain daripada menghasilkan makanan untuk kegunaan sendiri, kebun ini juga dapat menjana pendapatan untuk pekebun-pekebun komuniti di sana. Dalam video ini, Puan Rohana iaitu seorang ahli komuniti di sana memberikan lawatan menunjukkan kebun yang mereka hasilkan serta menceritakan bagaimana mereka bermula. Dengan usaha sama...

Read more...

Maklumat Penggunaan Injektor Baja dan Cara Pemasangan Injektor Venturi untuk Sistem Fertigasi

Penanaman menggunakan sistem fertigasi di Malaysia biasanya menggunakan tangki untuk menyimpan larutan nutrien. Konfigurasi ini mudah tetapi bancuhan larutan nutrien perlu dibuat setiap kali paras larutan rendah di mana kekerapan bergantung pada saiz tangki dan keperluan air dan baja tanaman. Jenis tangki yang biasa digunakan untuk menyimpan air dan larutan nutrien di dalam sistem fertigasi. Ukuran yang diberikan boleh membantu anda mendapatkan saiz tangki yang sesuai dengan sistem fertigasi yang menggunakan tangki. Masa dan ruang boleh dijimatkan dengan menggunakan injektor baja di...

Read more...

Kandungan Sisa Racun Dalam Makanan Dari Malaysia Antara Tertinggi di Dunia

Setiap tahun satu agensi European Union (EU) iaitu European Food Safety Authority (EFSA) mengeluarkan laporan mengenai kandungan sisa racun perosak daripada makanan yang dihasilkan di Eropah dan juga yang diimport dari negara-negara lain termasuk negara Malaysia. Menurut laporan-laporan yang mereka keluarkan, peratusan sampel makanan dari Malaysia yang melebihi tahap maksimum sisa racun perosak yang dibenarkan di dalam makanan atau Maximum Residue Levels (MRL) yang ditetapkan oleh EFSA adalah antara yang tertinggi apabila dibandingkan dengan negara-negara lain. European Food Safety Authority (EFSA) Tambahan...

Read more...

6 Dari 10 EC Meter Tidak Sesuai Digunakan

Kami ada menyediakan servis uji ketepatan bacaan EC meter yang kami tawarkan secara percuma buat masa ini. Sehingga kini kami telah merekodkan ujian 10 unit EC meter dan mendapati 6 daripadanya tidak sesuai untuk digunakan. Anda boleh melihat rajah di dalam gambar di atas yang menunjukkan bacaan antara EC meter yang diuji (B1,B2,B3,B4) dengan nilai EC sebenar larutan tersebut (N1,N2,N3,N4). Kod merujuk kepada unit EC meter yang kami uji dan tanda merah bermaksud ianya tidak sesuai digunakan. Penerangan lanjut berkaitan...

Read more...

Perbandingan Antara EC Meter Hanna DiST 4 dan AquaPro AP-2

Kami kerap membuat penulisan berkaitan EC meter kerana ia mempunyai fungsi yang penting dalam penanaman. EC meter digunakan dalam penanaman secara utamanya untuk mengukur kepekatan bancuhan larutan baja dalam penanaman secara fertigasi dan hidroponik. Walaupun ianya hanya satu alat yang kecil tetapi ia boleh menentukan sama ada tanaman menjadi ataupun tidak. EC meter yang memberikan bacaan yang salah boleh menyebabkan kerugian yang besar bagi penanam komersial dan mengikut pengalaman kami sendiri menguji pelbagai produk EC meter, banyak juga yang tidak...

Read more...

Penting Tahu pH Tanah Tapi Elakkan pH Meter Yang Murah

Tanaman memerlukan tahap pH tanah yang sesuai supaya ia dapat menyerap nutrien yang diperlukan dengan berkesan. pH tanah ialah ukuran keasidan atau kealkalian tanah dan bacaannya boleh didapati dengan menggunakan pH meter. Tahap pH tanah yang optimum bagi kebanyakan tanaman adalah antara 5.5 dan 6.5 iaitu sedikit berasid. pH tanah yang optimum memastikan tanaman mendapat semua nutrien yang diperlukan Tanah di kawasan tropikal seperti di Malaysia kebiasaannya berasid dan proses pereputan bahan-bahan organik dalam tanah juga boleh menyebabkan tanah menjadi lebih berasid....

Read more...
LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
CARA ORDER
HOW-TO ORDER
Kursus Pengendali Makanan ONLINE