Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Projek Kebun Bandar Lestari Blok 41 PPR Gombak Setia

Projek Kebun Bandar Lestari Blok 41 PPR Gombak Setia

Sewaktu awal pandemik Covid-19, komuniti di Blok 41 PPR Gombak Setia, Kuala Lumpur memulakan projek Kebun Bandar Lestari di tanah-tanah kosong berhampiran. Usaha mereka hampir 2 tahun ini telah menghasilkan kebun komuniti yang hidup dengan pelbagai tanaman. Selain daripada menghasilkan makanan untuk kegunaan sendiri, kebun ini juga dapat menjana pendapatan untuk pekebun-pekebun komuniti di sana.

Dalam video ini, Puan Rohana iaitu seorang ahli komuniti di sana memberikan lawatan menunjukkan kebun yang mereka hasilkan serta menceritakan bagaimana mereka bermula. Dengan usaha sama komuniti, bukan sahaja mereka menghasilkan kebun dengan pelbagai tanaman malah juga kemas dan cantik. Kami berharap video ini dapat menggalakkan dan memberikan semangat kepada komuniti-komuniti penduduk lain di Malaysia untuk menghasilkan kebun komuniti mereka sendiri.

Menurut Puan Rohana, mereka mendapat bantuan serta sokongan dari pelbagai pihak antaranya Jabatan Pertanian Malaysia, Intergrated and Sustainable Agriculture Farming (INSAF) UIAM, dan DBKL. Di bawah Dasar Kebun Komuniti Bandar, projek seperti ini adalah perkara yang ingin dibangunkan oleh kerajaan maka lebih mudah sekarang untuk mendapatkan bantuan serta sokongan dari badan kerajaan bagi menjalankan projek kebun komuniti bandar.

Terima kasih kepada Puan Rohana kerana dapat meluangkan masa beliau dan memberikan input untuk menghasilkan video ini. Moga komuniti beliau berjaya serta berkembang lagi dalam semua perkara yang mereka usahakan dan menjadi contoh kepada komuniti-komuniti lain. Jika anda berminat untuk melawat kebun komuniti ini sila hubungi Puan Rohana di 0105690229.

Share this post

LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
CARA ORDER
HOW-TO ORDER
Kursus Pengendali Makanan ONLINE