Kedai Kebun Dan Pertanian Putrajaya

Lebih 650 Racun Perosak Berdaftar Boleh Menyebabkan Kanser

Lebih 650 Racun Perosak Berdaftar Boleh Menyebabkan Kanser

Di dalam penanaman di Malaysia penggunaan racun ialah amalan biasa dalam pengawalan perosak tanaman dan penggunaannya adalah tinggi. Menurut kajian yang dilakukan oleh European Food Safety Authority (EFSA), makanan yang diimport oleh negara European Union dari Malaysia adalah antara yang paling tinggi kandungan sisa racun berbanding lebih daripada 70 negara lain. Racun perosak bukan sahaja membunuh perosak malah boleh juga membawa pelbagai penyakit kepada manusia dan antaranya ialah kanser.

Terdapat lebih 3000 produk racun perosak yang berdaftar di Malaysia dan sekurang-kurangnya 670 atau lebih 20% daripadanya boleh menyebabkan kanser. Di bawah ialah senarai perawis aktif racun yang digunakan dalam penanaman dan boleh menyebabkan kanser serta bilangan produk berdaftar yang mengandungi bahan tersebut.

2,4-D (112 Produk)
Captan (4 Produk)
Carbaryl (6 Produk)
Chlorothalonil (40 Produk)
Diazinon (10 Produk)
Dichlorvos (1 Produk)
Diuron (51)
Fenoxycarb (1 Produk)
Glyphosate (339 Produk)
Iprodion (2 Produk)
Kresoxim-Methyl (3 Produk)
Malathion (39 Produk)
Mancozeb (54 Produk)
Metham Sodium (1 Produk)
Metiram (3 Produk)
Oxadiazon (1 Produk)
Propargite (3 Produk)
Propoxur (6 Produk)
Pymetrozine & Pyridine (9 Produk)
Spirodiclofen (1 Produk)
Terrazole (1 Produk)

Rujukan yang kami gunakan adalah senarai racun yang boleh menyebabkan kanser yang disediakan oleh negeri California, Amerika Syarikat di bawah akta ‘Proposition 65‘ serta International Agency for Research on Cancer (IARC) iaitu sebahagian daripada World Health Organisation (WHO). Senarai racun berdaftar di Malaysia disediakan di halaman Jabatan Pertanian Malaysia.

Senarai di atas cuma menunjukkan racun yang berdaftar sahaja tetapi racun yang diharamkan juga digunakan di dalam penanaman di Malaysia dan lebih merbahaya berbanding racun-racun yang berdaftar. Selain daripada kanser, racun perosak juga boleh menyebabkan kesan negatif kepada sistem saraf, sistem pembiakan, sistem endokrin dan lain-lain yang boleh membawa kepada pelbagai isu kesihatan. Selain daripada itu kehidupan lain serta alam sekitar juga terjejas dengan penggunaan racun.

Jelas kita perlu memperbaiki cara penanaman di Malaysia jika kita ingin mengutamakan kesihatan kita dan kesejahteraan alam.

Share this post

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

LIHAT PRODUK