Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya
Cek stok dan order melalui WhatsApp - Hubungi untuk harga borong (>100 unit)
Check stock and order through WhatsApp - Contact for wholesale price (>100 units)

AllGrower AB

RM9.00RM30.00

Jenis: Baja AB
Kosongkan
View cart

Penerangan

AllGrower AB – Baja AB Fertigasi & Hidroponik (1.5L – 9.5L)

Nutrien yang lengkap dan seimbang adalah penting bagi pertumbuhan tanaman yang baik. Tanaman memerlukan sekurang-kurangnya 13 jenis nutrien dan setiap nutrien ini perlulah diberikan kepada tanaman pada kadar yang bersesuaian dengan jenis dan fasa pertumbuhan tanaman.

AllGrower AB adalah produk baja AB atau baja larut air nutrien lengkap keluaran Kebuna yang diformulasi khas supaya ianya bersesuaian dengan pelbagai jenis tanaman serta boleh digunakan dengan sistem fertigasi dan hidroponik. Formula yang kami gunakan adalah berdasarkan formula Modified Sonneveld dan UA CEAC untuk menjadikannya sesuai bagi pelbagai tanaman.

AllGrower AB juga adalah unik berbanding kebanyakan produk baja AB lain yang terdapat di pasaran. Antara aspek-aspek unik AllGrower AB adalah:

  • Formula diberi: Kebanyakan produk baja AB di pasaran tidak memberitahu formula yang mereka gunakan. Ini menyukarkan bagi pengguna untuk mendapatkan kadar campuran yang diinginkan. Kami memberi formula AllGrower AB dan anda boleh melihatnya di bawah.
  • Sesuai untuk pelbagai tanaman: Disebabkan formula AllGrower AB diberikan, anda boleh mengolah kadar campuran komponen A dan B untuk mendapatkan campuran yang sesuai mengikut keperluan tanaman. Ini menjadikan ia sesuai untuk pelbagai tanaman. Kadar campuran yang disyorkan boleh dilihat di bawah.
  • Sesuai untuk sistem hidroponik: Tidak semua fomulasi baja AB boleh digunakan untuk sistem hidroponik. Dua keperluan utama baja hidroponik adalah nisbah N-Nitrate:N-Ammonium yang tinggi dan menggunakan Fe-DTPA sebagai sumber ferum yang lebih stabil berbanding Fe-EDTA. AllGrower AB memenuhi kedua-dua keperluan ini.

Panduan Menggunakan AllGrower AB

  1. Larutkan terlebih dahulu AllGrower A dan B di dalam air 1.5/9.5L liter yang berasingan untuk membuat pati baja AllGrower A dan B. Dua botol 1.5/9.5L liter sesuai digunakan untuk tujuan ini.
  2. Kadar campuran adalah bergantung kepada jenis tanaman dan fasa pertumbuhan. Terdapat empat kadar campuran yang disyorkan apabila menggunakan AllGrower AB. Kepekatan larutan nutrien juga bergantung pada suhu, jika tanaman mendapat separuh matahari gunakan kadar yang lebih pekat dan jika mendapat matahari penuh gunakan kadar yang kurang pekat. Olah juga kepekatan mengikut kadar pertumbuhan tanaman.
    * Campuran Anak Benih: Sesuai untuk anak benih bagi membantu pertumbuhan.
    Untuk setiap 1-1.5 liter air campur 5ml pati A dan 5ml pati B.
    * Campuran Kegunaan Am: Sesuai untuk sayuran daun dan untuk pertumbuhan awal tanaman.
    Untuk setiap 1-1.5 liter air campur 10ml pati A dan 10ml pati B.
    * Campuran Vegetatif Sayuran Buah: Sesuai untuk sayuran buah sewaktu fasa pertumbuhan vegetatif.
    Untuk setiap 1-1.5 liter air campur 15ml pati A dan 15ml pati B.
    * Campuran Bunga & Buah: Sesuai untuk tanaman bunga dan buah-buahan yang telah matang dan sedia untuk mengeluarkan bunga atau buah.
    Untuk setiap 1-1.5 liter air campur 15ml pati A dan 20ml pati B.
  3. Siram kepada tanaman seperti biasa atau gunakan dengan sistem fertigasi atau hidroponik. Kekerapan siraman adalah bergantung kepada cara tanaman dan jenis serta fasa pertumbuhan tanaman. Jika tidak menggunakan baja lain, baja AllGrower AB boleh diberikan setiap kali siraman tetapi kurangkan kepekatan untuk tanaman yang tidak mengeluarkan hasil atau tidak memerlukan pembajaan yang kerap.

 

Formula AllGrower AB

Pengiraan peratusan nutrien serta PPM di bawah adalah dibuat dengan andaian nutrien yang terlarut tidak mengubah isipadu larutan. Definisi PPM yang digunakan adalah mg/L dan nilai PPM yang diberikan adalah untuk campuran di atas menggunakan 1 liter air.

Nilai di bawah boleh berbeza sedikit dengan nilai sebenar produk disebabkan ralat sewaktu pembungkusan dan kualiti komponen nutrien yang digunakan. Walaubagaimanapun, kami sentiasa pastikan ralat pada paras minimum dan komponen nutrien yang digunakan adalah berkualiti.

AllGrower A

Nitrogen: 15.3%
Calcium: 18.7%
Ferum: 0.15%

AllGrower B

Nitrogen: 4.9%
Phophorus: 4.3%
Potassium: 24.5%
Magnesium: 3.2%
Sulphur: 8.9%
Boron: 0.02%
Copper: 0.008%
Ferum: 0.06%
Manganese: 0.03%
Molybdenum: 0.003%
Zinc: 0.02%

PPM Campuran Anak Benih (EC ~ 0.9mS/cm)

Nitrogen: 73.3
Phophorus: 15.4
Potassium: 88.8
Calcium: 68.0
Magnesium: 11.7
Sulphur: 32.3
Boron: 0.074
Copper: 0.03
Ferum: 0.75
Manganese: 0.12
Molybdenum: 0.012
Zinc: 0.074

PPM Campuran Kegunaan Am (EC ~ 1.8mS/cm)

Nitrogen: 145.2
Phophorus: 30.6
Potassium: 175.9
Calcium: 134.7
Magnesium: 23.1
Sulphur: 64.1
Boron: 0.15
Copper: 0.06
Ferum: 1.49
Manganese: 0.24
Molybdenum: 0.024
Zinc: 0.15

PPM Campuran Vegetatif Sayuran Buah (EC ~ 2.5mS/cm)

Nitrogen: 215.7
Phophorus: 45.4
Potassium: 261.3
Calcium: 200.1
Magnesium: 34.4
Sulphur: 95.1
Boron: 0.22
Copper: 0.09
Ferum: 2.21
Manganese: 0.35
Molybdenum: 0.03
Zinc: 0.22

PPM Campuran Bunga & Buah (EC ~ 3.0mS/cm)

Nitrogen: 232.1
Phophorus: 60.3
Potassium: 346.7
Calcium: 199.2
Magnesium: 45.6
Sulphur: 126.2
Boron: 0.29
Copper: 0.12
Ferum: 2.41
Manganese: 0.46
Molybdenum: 0.05
Zinc: 0.29

LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
DELIVERY SERVICE