Kedai buka pada Hari Rabu, Sabtu, & Ahad sahaja - Sila hubungi untuk cek stok sebelum datang - Kami juga menawarkan harga borong dan boleh membekalkan barangan yang tak tersenarai - Please contact us to check stock before coming here - We also offer wholesale prices and can supply products that are not listed - Most product names are currently in Malay
KEBUNA TIDAK BEROPERASI BUAT MASA INI

Di bawah menunjukkan gambar pokok dewasa
Sila hubungi untuk mendapatkan gambar terkini anak pokok dalam stok

Penerangan

Anak Pokok Lada Hitam

Nama lain: benih lada hitam, black pepper, Piper nigrum
Boleh tuai selepas: 2-3 tahun
Jarak tanaman: ~2meter
Panduan penanaman:
https://www.kebuna.com/wp-content/uploads/panduan-pertanian-doa-lada-hitam.pdf
https://www.kebuna.com/wp-content/uploads/mpb-panduan-penanaman-lada.pdf

Maklumat Am

Lada hitam (nama saintifik: Piper nigrum) merupakan sejenis tumbuhan berbunga dari keluarga Piperaceae bertaburan asal dari Kerala, subbenua India dan tersebar di kawasan-kawasan tropika. Tumbuhan ini ditanam untuk mendapatkan buah pepauhnya yang dijadikan sejenis rempah baik dalam bentuk segar (sama ada yang matang atau belum) mahupun serbuk; rempah ini tidak sahaja penting dalam masakan malah mempengaruhi perdagangan yang penting semenjak dahulu kala lagi.

Pokok lada sejenis tumbuhan saka yang menjalar pada sebarang tiang sokongan sehingga 4 meter. Dedaunnya tumbuh setentang, setiap helai daun berbentuk bulat telur meruncing di hujung dengan lebar 3-5 atau 6-10 sm serta panjang dan 5-10 atau 12-18 sm panjang. Akarnya jenis tunjang.

Bunga yang muncul tumbuh dari tangkai mencabang sepangkal dengan sesetengah daun tertentu, bunga yang disenyawakan akan menghasilkan buah sambil memanjang antara 5 hingga 12 sm. Buah yang terbentuk sempurna diukur kira-kira 5 milimeter (0.20 inci) diameter sebiji, bertukar warna kepada merah gelap apabila matang sepenuhnya. Setiap ranting dapat menghasilkan 20 hingga 30 biji buah setangkai dengan panjang antara 4 hingga 15 sm.