Sila hubungi untuk cek stok sebelum datang - Kami juga menawarkan harga borong dan boleh membekalkan barangan yang tak tersenarai
Please contact us to check stock before coming here - We also offer wholesale prices and can supply products that are not listed - Most product names are currently in Malay

Di bawah menunjukkan gambar pokok dewasa
Sila hubungi untuk mendapatkan gambar terkini anak pokok dalam stok

Penerangan

Anak Pokok Pandan

Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang India. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.

Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi.

Pokok Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia ialah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan.

Pokok Pandan jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas bagi perisa dalam masakan. Daunnya digunakan segar atau dikeringkan dan terdapat secara dagangan dalam bentuk beku di kedai runcit Asia di negara di mana pokok pandan tidak tumbuh. Ia memiliki bau botani berkacang yang meningkatkan perisa masakan Asia, terutama hidangan nasi dan kuih. Daun pandan kadangkala direndam dalam santan, yang kemudiannya ditambah dalam masakan. Ia boleh diikat dan dimasak bersama makanan. Ia juga boleh dianyam bentuk bakul yang digunakan sebagai bekas bagi memasak nasi. Ayam berbalut pandan, atau gai ob bai toey, ialah masakan Thailand dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Daun ini juga digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek pandan dan air sirap.