Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Monthly Archives - Januari 2022

Maklumat Penggunaan Injektor Baja dan Cara Pemasangan Injektor Venturi untuk Sistem Fertigasi

Penanaman menggunakan sistem fertigasi di Malaysia biasanya menggunakan tangki untuk menyimpan larutan nutrien. Konfigurasi ini mudah tetapi bancuhan larutan nutrien perlu dibuat setiap kali paras larutan rendah di mana kekerapan bergantung pada saiz tangki dan keperluan air dan baja tanaman. Jenis tangki yang biasa digunakan untuk menyimpan air dan larutan nutrien di dalam sistem fertigasi. Ukuran yang diberikan boleh membantu anda mendapatkan saiz tangki yang sesuai dengan sistem fertigasi yang menggunakan tangki. Masa dan ruang boleh dijimatkan dengan menggunakan injektor baja di...

Read more...

Kandungan Sisa Racun Dalam Makanan Dari Malaysia Antara Tertinggi di Dunia

Setiap tahun satu agensi European Union (EU) iaitu European Food Safety Authority (EFSA) mengeluarkan laporan mengenai kandungan sisa racun perosak daripada makanan yang dihasilkan di Eropah dan juga yang diimport dari negara-negara lain termasuk negara Malaysia. Menurut laporan-laporan yang mereka keluarkan, peratusan sampel makanan dari Malaysia yang melebihi tahap maksimum sisa racun perosak yang dibenarkan di dalam makanan atau Maximum Residue Levels (MRL) yang ditetapkan oleh EFSA adalah antara yang tertinggi apabila dibandingkan dengan negara-negara lain. European Food Safety Authority (EFSA) Tambahan...

Read more...

6 Dari 10 EC Meter Tidak Sesuai Digunakan

Kami ada menyediakan servis uji ketepatan bacaan EC meter yang kami tawarkan secara percuma buat masa ini. Sehingga kini kami telah merekodkan ujian 10 unit EC meter dan mendapati 6 daripadanya tidak sesuai untuk digunakan. Anda boleh melihat rajah di dalam gambar di atas yang menunjukkan bacaan antara EC meter yang diuji (B1,B2,B3,B4) dengan nilai EC sebenar larutan tersebut (N1,N2,N3,N4). Kod merujuk kepada unit EC meter yang kami uji dan tanda merah bermaksud ianya tidak sesuai digunakan. Penerangan lanjut berkaitan...

Read more...
LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
CARA ORDER
HOW-TO ORDER
Kursus Pengendali Makanan ONLINE