Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Air Pruning Pot

Servis penghantaran disediakan. Sila hubungi untuk pastikan stok ada. Klik untuk maklumat lanjut

Air Pruning Pot

RM16.00RM43.00

Saiz: 20cm x 20cm, 30cm x 30cm, 40cm x 40cm, 50cm x 50cm, 60cm x 50cm
Kategori:
Kosongkan
[wc_quick_buy]

Penerangan

Air Pruning Pot atau Airpot ialah bekas tanaman berbentuk bulat tetapi mempunyai permukaan unik yang berbentuk seperti karton telur di bahagian tepi. Di dalam pasu yang biasa, akar tumbuh ke luar dan apabila bertemu permukaan tepi pasu ianya akan melingkar mengelilingi pasu. Ini ialah proses yang tidak efisien kerana kebanyakan akar akan padat di bahagian tepi pasu dan kebanyakan ruang di dalam tanah mempunyai hanya sedikit akar.

Dengan menggunakan Air Pruning Pot, apabila akar sampai ke permukaan tepi pasu ianya akan dipandu memasuki ke dalam kon yang akan membawanya ke luar. Apabila akar bertemu dengan udara ianya akan berhenti tumbuh, kesan ini dipanggil “air-pruning”. Ini menyebabkan lebih banyak pertumbuhan pucuk akar yang akan memenuhi tanah dan menghasilkan sistem akar yang lebih padat yang bukan sahaja lebih efisien malah lebih sihat untuk tanaman.

LIHAT PRODUK
Operasi Berhenti Sementara