Sila hubungi untuk cek stok sebelum datang - Kami juga menawarkan harga borong dan boleh membekalkan barangan yang tak tersenarai
Please contact us to check stock before coming here - We also offer wholesale prices and can supply products that are not listed - Most product names are currently in Malay

Polybag (kg)

RM10.00RM12.00

Saiz: 5x5, 8x8, 10x10, 12x12, 14x14, 16x16, 20x20
Kategori:
Kosongkan
View cart

Penerangan

Polybag (kg)

Nama Lain: polibeg, poly bag, grow bag

Polybag atau polibeg digunakan untuk menanam tanaman dan ia dihasilkan dari material yang tahan matahari serta tahan lasak. Ianya juga tahan lama dan boleh digunakan berkali-kali. Berikut ialah saiz polybag yang kami tawarkan dan kegunaan yang sesuai untuk saiz tersebut (ukuran yang diberikan adalah anggaran dan ia juga bergantung pada ketebalan material serta ketepatan saiz dari pengeluar):

5×5 (Diameter: ~8.1cm / Tinggi: ~8.5cm / Isipadu Maksimum: ~0.4L)
– Semaian biji benih sayur yang mudah bercambah seperti bendi dan kacang
– Boleh juga digunakan untuk semaian keratan
– Untuk anak benih sehingga umur 1-2 bulan

8×8 (Diameter: ~12.9cm / Tinggi: ~14.2cm / Isipadu Maksimum: ~1.9L)
– Saiz yang biasa digunakan untuk pelbagai anak pokok
– Juga digunakan untuk semaian keratan pelbagai tanaman
– Untuk anak pokok sehingga umur 3-4 bulan

10×10 (Diameter: ~16.2cm / Tinggi: ~18.1cm / Isipadu Maksimum: ~3.7L)
12×12 (Diameter: ~19.4cm / Tinggi: ~21.9cm / Isipadu Maksimum: ~6.5L)
14×14 (Diameter: ~22.6cm / Tinggi: ~25.7cm / Isipadu Maksimum: ~10.3L)
– Untuk anak pokok dari saiz polybag lebih kecil yang telah penuh dengan akar

16×16 (Diameter: ~25.9cm / Tinggi: ~29.5cm / Isipadu Maksimum: ~15.5L)
– Saiz yang biasa digunakan untuk kebanyakan pokok sayur buah
– Boleh digunakan sepanjang hayat pokok sayur buah

20×20 (Diameter: ~32.3cm / Tinggi: ~37.1cm / Isipadu Maksimum: ~30.5L)
– Untuk pokok buah-buahan sehingga umur 1-2 tahun