Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya
Cek stok dan order melalui WhatsApp - Hubungi untuk harga borong (>100 unit)
Check stock and order through WhatsApp - Contact for wholesale price (>100 units)
Makluman: Kami tidak beroperasi sehingga 1/8/2021.


Penerangan

Anak Pokok Ixora

Pokok Pecah Periuk, juga dikenali sebagai Pokok Jejarum dan Pokok Siantan, ialah sejenis pokok renek dari keluarga Rubiaceae yang berbunga. Pokok ini banyak ditanam di kawasan perumahan serta taman-taman, dan juga sesuai untuk dijadikan tanaman pagar.

Tingginya Pokok Pecah Periuk ini sehingga tiga meter. Batangnya berwarna perang dan liat, dan daunnya berbentuk bujur. Saiz daun untuk Ixora jawa adalah lebih besar, iaitu 12 – 20 sentimeter panjang, dan 4 – 6 sentimeter lebar, berbanding dengan daun Ixora coccinea yang hanya berukuran 7 – 10 sentimeter panjang dan 3 – 5 sentimeter lebar. Bunga pokok ini adalah besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Warna bunga untuk kedua-dua spesies termasuk merah, jingga, kuning, dan merah jambu. Bagaimanapun, spesies Ixora coccinea juga mempunyai bunga putih. Buahnya berwarna hijau dan menjadi merah apabila masak. Ahli-ahli tumbuhan Ixora lebih suka tanah berasid dan merupakan pilihan sesuai untuk bonsai.

LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
DELIVERY SERVICE