Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya
Servis penghantaran disediakan. Sila hubungi untuk pastikan stok ada. Klik untuk maklumat lanjut

Penerangan

Anak Pokok Betik

Varieti: Sekaki

Berbuah selepas: 5 bulan

Buah betik yang mengkal (agak keras) biasanya dibuat rojak bersama buah-buahan lain seperti mangga, timun, kedondong dan nanas. Betik muda juga sesuai dijadikan halwa (jeruk manis). Selain rasanya yang sedap, ia juga boleh dijadikan sebagai manisan untuk hantaran peminangan atau perkahwinan dengan mengukir buah yang muda kepada bentuk kelopak bunga sebelum dijeruk. Betik muda juga mempunyai kegunaan tersendiri dalam petua orang Melayu. Getah betik muda boleh digunakan untuk menghaluskan tumit kaki yang pecah-pecah.

Walau bagaimanapun, getah betik muda ini juga merbahaya kerana jika ia terkena mata akan mengakibatkan mata gatal dan bengkak seperti digigit serangga. Buah betik yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Kulitnya dikupas dan dipotong. Walau bagaimanapun, betik Eksotika lebih sesuai dibelah dua dan dimakan menggunakan sudu. Betik masak juga boleh dijadikan jem, puree, jus minuman, perisa aiskrim dan puding. Betik matang yang tidak begitu ranum boleh juga dimasak sebagai sayur

Daun betik boleh direbus dan dimakan sebagai sayur bersama sambal belacan. Air rebusannya jika diminum berkhasiat untuk menurunkan suhu badan mereka yang demam dan menghidapi malaria. Betik juga boleh digunakan untuk melembutkan daging kerbau yang liat. Satu jenis keluaran yang dihasilkan untuk tujuan ini ialah papain, sejenis enzim proteolitik dari getah buch yang hijau muda. Papain juga digunakan dalam penyediaan chewing gum. Proses-proses yang berkaitan pelembutan kulit binatang ( tanning hides ) juga menggunakan papain.

LIHAT PRODUK
Operasi Berhenti Sementara