Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya
Servis penghantaran disediakan. Sila hubungi untuk pastikan stok ada. Klik untuk maklumat lanjut

Penerangan

Cocopeat Sabut Kelapa (Media Fertigasi & Hidroponik)

Cocopeat atau sabut kelapa ialah media alternatif kepada tanah di dalam penanaman. Ia digunakan secara meluas di dalam penanaman komersial secara fertigasi dan hidroponik kerana kosnya yang rendah, ringan, dan pelbagai lagi. Ianya juga boleh digunakan di dalam campuran tanah untuk memperbaiki struktur tanah dengan menjadikannya lebih poros dan ringan tetapi masih lagi dapat memegang kelembapan dengan baik.

Kebuna menawarkan cocopeat di dalam 3 saiz. Cocopeat di dalam bungkusan sederhana dan di dalam guni sesuai untuk digunakan di dalam pasu atau polibeg serta digunakan di dalam campuran tanah. Cocopeat dalam bungkusan kecil telah ditapis untuk mengurangkan kandungan serat yang menjadikannya lebih sesuai untuk digunakan di dalam bekas cawan hidroponik yang kecil.

Harga adalah lebih rendah berbanding harga yang tertera di atas jika pembelian dalam kuantiti yang banyak. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

LIHAT PRODUK
Operasi Berhenti Sementara