Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Gunakan Saiz Pasu Yang Bersesuaian Dengan Tanaman

Gunakan Saiz Pasu Yang Bersesuaian Dengan Tanaman

Bagi mereka yang tidak mempunyai tanah atau kawasan untuk menanam, bekas tanaman seperti pasu adalah antara pilihan yang ada untuk bercucuk tanam. Tambahan lagi, pasu juga mempunyai pelbagai saiz, warna, dan rupa bentuk menarik yang boleh mencantikkan halaman rumah.

Antara perkara yang perlu dipastikan adalah memilih saiz pasu yang sesuai dengan jenis tanaman. Saiz pasu yang terlalu kecil akan membantutkan tanaman kerana pertumbuhan akar yang terhad menyebabkan tanaman tidak boleh membesar. Tanaman juga mudah tumbang dan tanah cepat kering jika saiz pasu terlalu kecil.

Namun begitu, saiz pasu yang terlalu besar pula tidak memberi manfaat kepada pertumbuhan tanaman malah membazir ruang serta menjadikan bekas tanaman berat dan sukar untuk diubah. Perkara lain yang penting adalah pastikan pasu mempunyai lubang di bawah yang mencukupi untuk air mengalir keluar serta tanah yang digunakan juga perlu mempunyai pengairan yang baik.

#TipsBerkebunKebuna

Isi Kandungan
LIHAT PRODUK
Operasi Sewaktu COVID-19