Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Pastikan Semaian Mendapat Cahaya Matahari Yang Cukup

Pastikan Semaian Mendapat Cahaya Matahari Yang Cukup

Cahaya adalah salah satu keperluan utama tanaman dan ia diperlukan dalam penghasilan makanan untuk tanaman melalui proses fotosintesis. Kekurangan cahaya boleh menyebabkan tanaman tidak membesar dengan baik.

Walaupun cahaya tidak diperlukan untuk biji benih bercambah tetapi sebaik sahaja ianya bercambah, ianya perlulah mendapatkan cahaya yang cukup. Kekurangan cahaya boleh menyebabkan semaian tumbuh panjang dan kurus seperti lidi.

Bagi memastikan semaian mendapat cahaya yang cukup apabila ia bercambah, letakkan di tempat yang cerah tetapi bukan di tempat yang mendapat matahari terus contohnya di balkoni rumah. Ini akan memastikan semaian mendapat sedikit cahaya apabila ia mula bercambah.

Selepas lebih kurang seminggu, letakkan di tempat yang mendapat cahaya matahari pagi terus disebabkan keperluan cahaya meningkat pada peringkat ini. Perlu dipastikan juga semaian tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari dan juga terlindung daripada hujan.

#TipsBerkebunKebuna

Isi Kandungan
LIHAT PRODUK
Operasi Sewaktu COVID-19