Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Yearly Archives - 2021

Perbandingan Antara EC Meter Hanna DiST 4 dan AquaPro AP-2

Kami kerap membuat penulisan berkaitan EC meter kerana ia mempunyai fungsi yang penting dalam penanaman. EC meter digunakan dalam penanaman secara utamanya untuk mengukur kepekatan bancuhan larutan baja dalam penanaman secara fertigasi dan hidroponik. Walaupun ianya hanya satu alat yang kecil tetapi ia boleh menentukan sama ada tanaman menjadi ataupun tidak. EC meter yang memberikan bacaan yang salah boleh menyebabkan kerugian yang besar bagi penanam komersial dan mengikut pengalaman kami sendiri menguji pelbagai produk EC meter, banyak juga yang tidak...

Read more...

Penting Tahu pH Tanah Tapi Elakkan pH Meter Yang Murah

Tanaman memerlukan tahap pH tanah yang sesuai supaya ia dapat menyerap nutrien yang diperlukan dengan berkesan. pH tanah ialah ukuran keasidan atau kealkalian tanah dan bacaannya boleh didapati dengan menggunakan pH meter. Tahap pH tanah yang optimum bagi kebanyakan tanaman adalah antara 5.5 dan 6.5 iaitu sedikit berasid. pH tanah yang optimum memastikan tanaman mendapat semua nutrien yang diperlukan Tanah di kawasan tropikal seperti di Malaysia kebiasaannya berasid dan proses pereputan bahan-bahan organik dalam tanah juga boleh menyebabkan tanah menjadi lebih berasid....

Read more...

Jadual & Kalkulator Ukuran Polybag

Polybag atau polibeg terdapat dalam pelbagai saiz tetapi nilai saiz saja tidak memberitahu ukuran diameter, tinggi, dan isipadu apabila ianya diisi tanah yang dapat membantu dalam memilih saiz yang sesuai untuk kegunaan tertentu. Jadi kami menyediakan Jadual Ukuran Polybag yang memberikan ukuran-ukuran ini. Nilai ukuran di dalam jadual diperolehi dari pengiraan dan amat hampir dengan nilai sebenar dengan beberapa saiz polybag yang kami sendiri ukur. Anda juga boleh menggunakan Kalkulator Ukuran Polybag bagi saiz yang tak tertera di dalam jadual....

Read more...

Cara Mendapatkan Ukuran Penuh Polybag

Polybag atau polibeg yang digunakan untuk menanam tanaman terdapat dalam pelbagai saiz seperti 8x8, 10x12, dan 16x16 tetapi nombor ini tidak memberitahu cara bagaimana ukuran dibuat dan unit yang digunakan. Bagi yang lama telah berkebun kemungkinan telah tahu saiz apa yang sesuai untuk kegunaan tertentu tetapi bagi yang baru ingin bermula berkebun nombor ini cuma memberitahu nombor yang lebih besar bermaksud saiz lebih besar tanpa memberi gambaran yang jelas berapa besar sebenarnya. Sukar untuk mendapatkan gambaran besar polybag Sebagai perbandingan, ukuran pasu...

Read more...

Cara Menguji EC Meter Menggunakan 100 Plus Active

UPDATE: Selepas satu tahun bacaan EC minuman 100 Plus Active masih sama iaitu 2.08ms/cm. Ini menunjukkan produk ini melalui proses penghasilan yang tepat dan konsisten. Maka, selagi formulasi produk ini tidak bertukar boleh dijangkakan nilai EC produk minuman ini tidak akan berubah dan sesuai untuk digunakan bagi menguji ketepatan bacaan EC meter. Bacaan EC produk minuman ini tidak berubah selepas satu tahun. Terdapat banyak produk EC meter di pasaran dan mengikut pengalaman kami sendiri, banyak juga yang tidak tepat dan tidak sesuai...

Read more...

Pilih Cara Semaian yang Sesuai

Tanaman boleh mempunyai lebih daripada satu cara semaian untuk menghasilkan tanaman yang baru tetapi cara semaian perlulah dipilih bersesuaian dengan jenis tanaman yang ingin dihasilkan. Ini disebabkan cara semaian boleh mempengaruhi ciri-ciri tanaman yang terhasil. Untuk sesetengah tanaman pula, pemilihan sesuatu cara semaian adalah bergantung lebih kepada kemudahan satu cara berbanding yang lain. Bagi kebanyakan tanaman seperti sayur-sayuran, cara yang sesuai dan mudah adalah melalui semaian biji benih. Tanaman sayuran yang terhasil akan hampir sama seperti tanaman induk atau mempunyai ciri-ciri...

Read more...

Cara Menggunakan Cocopeat Sebagai Media Semaian

Salah satu aktiviti berkebun yang perlukan penjagaan yang kerap dan teliti adalah menjaga semaian sama ada daripada biji benih atau keratan. Sebagai contoh, air perlulah dipastikan sentiasa mencukupi terutamanya pada peringkat awal kerana semaian mudah untuk tak menjadi jika kekurangan air. Keperluan cahaya juga berbeza mengikut peringkat pertumbuhan tanaman. Di peringkat percambahan biji benih, semaian boleh diletakkan di tempat yang redup untuk mengurangkan pemeruapan air tetapi jika sudah bercambah perlu diubah ke tempat yang lebih cerah. Cahaya perlu dipastikan mencukupi setelah semaian...

Read more...
LIHAT PRODUK
BROWSE PRODUCTS
CARA ORDER
CARA ORDER
HOW-TO ORDER
Kursus Pengendali Makanan ONLINE