Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Maksud Nombor Yang Terdapat Pada Bungkusan Baja

Maksud Nombor Yang Terdapat Pada Bungkusan Baja

Pada bungkusan baja terutamanya bungkusan baja kimia kebiasannya tertera tiga nombor contohnya 8-8-8 dan 12-12-17. Tiga nombor ini merujuk kepada peratusan kandungan nutrien utama tanaman iaitu nitrogen ( N), foforus (P) dan potasium (K) yang terkandung di dalamnya. Sebagai contoh, baja yang mempunyai nombor 12-11-18 mengandungi 12% nitrogen ( N), 11% fosfat (P2O5), dan 18% potash (P2O).

Selain daripada tiga nutrien ini, baja juga boleh mengandungi nutrien-nutrien yang lain seperti magnesium (Mg), sulfur (S), dan unsur surih (‘trace element’ atau singkatan TE). Unsur surih terdiri daripada pelbagai jenis nutrien tetapi kandungannya hanyalah sedikit. Walaupun kandungan nutrien-nutrien ini kebiasaannya lebih rendah berbanding kandungan nutrien di atas tetapi ianya juga penting untuk tanaman.

Nilai nombor ini juga menentukan kesesuaiannya untuk sesuatu tanaman. Baja yang ditunjukkan di dalam gambar di atas mengandungi peratusan potash yang lebih tinggi berbanding nitrogen dan fosfat. Baja yang mengandungi nisbah potash yang tinggi kebiasaannya digunakan semasa fasa pembungaan dan pembuahan. Baja yang mengandungi nisbah nitrogen yang tinggi pula digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan tanaman dan baja yang mengandungi nisbah fosfat yang tinggi pula digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan awal akar.

#TipsBerkebunKebuna

Isi Kandungan
LIHAT PRODUK
Operasi Sewaktu COVID-19