Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Basuh Cocopeat Sebelum Guna

Basuh Cocopeat Sebelum Guna

Cocopeat atau sabut kelapa kerap digunakan sebagai media tanaman kerana ia mempunyai pelbagai ciri yang sesuai untuk tanaman. Tambahan lagi, ia mudah didapati serta mempunyai kos yang rendah.

Namun begitu, cocopeat mengandungi kandungan garam yang tinggi yang boleh memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan tanaman. Kandungan garam yang tinggi di dalam media tanaman mengganggu penyerapan nutrien oleh akar tanaman yang boleh menyebabkan tanaman menjadi bantut.

Cocopeat sebaiknya dibasuh sebelum digunakan bagi mengurangkan kandungan garam di dalamnya. Cara membasuh cocopeat adalah sama seperti membasuh beras sebelum ianya dimasak. Bagi kuantiti yang banyak, masukkan cocopeat ke dalam bekas tanaman dan biarkan hujan membasuh cocopeat tersebut.

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai cocopeat dalam artikel di bawah

#TipsBerkebunKebuna

Isi Kandungan
LIHAT PRODUK
Operasi Sewaktu COVID-19