Kedai Kebun dan Nurseri Putrajaya

Pastikan Media Semaian Sentiasa Lembap

Pastikan Media Semaian Sentiasa Lembap

Biji benih boleh bertahan bertahun lamanya jika disimpan dengan baik tetapi ianya amat sensitif apabila ia sudah mula bercambah. Fasa percambahan biji benih bermula apabila ianya menyerap air dan pada peringkat ini ia mudah mati jika kekurangan air.

Pastikan media semaian sentiasa lembap terutamanya di peringkat awal percambahan biji benih. Letakkan semaian di tempat yang redup untuk memastikan media tidak mudah kering. Sama juga bagi tanaman yang terus disemai di atas tanah, kawasan tanaman perlulah dipastikan tidak kering.

Penting juga untuk memastikan media semaian tidak terlalu basah yang juga boleh mengganggu percambahan. Kebiasannya 2-3 kali spray atau siraman sehari sudah mencukupi untuk memastikan media tidak menjadi kering pada masa yang sama juga tidak menjadi terlalu basah.

#TipsBerkebunKebuna

Isi Kandungan
LIHAT PRODUK
Operasi Sewaktu COVID-19