Lebih 650 Racun Perosak Berdaftar Boleh Menyebabkan Kanser
Di dalam penanaman di Malaysia penggunaan racun ialah amalan biasa dalam pengawalan perosak tanaman dan penggunaannya adalah tinggi. Menurut kajian yang dilakukan oleh European Food Safety Authority (EFSA), makanan yang diimport oleh negara European Union dari Malaysia adalah antara yang paling tinggi kandungan sisa racun berbanding lebih daripada 70 negara lain. Racun perosak bukan sahaja membunuh perosak malah boleh juga membawa pelbagai penyakit kepada manusia dan antaranya ialah kanser. https://www.kebuna.com/blog/laporan-efsa-menunjukkan-penggunaan-racun-kimia-yang-tinggi-di-malaysia Terdapat lebih 3000 produk racun perosak yang berdaftar di Malaysia dan sekurang-kurangnya...